PIZZA LOVER | 5 SEBAB MENGAPA PATUT JADIKAN DOMINO’S PIZZA PILIHAN

12 November 2018

Perkara paling best bila 'family time' pada aku semestinya aktiviti makan-makan. Disebabkan minggu lepas cuti Diwali maka baliklah si bongsu dari asrama dan kebetulan pulak si angah pun tengah mid semester break jatuh pada minggu sama. Full house la sekejap untuk seminggu yang lepas.

Bila dah jarang-jarang sekali dapat balik rumah selalunya anak tekak masing-masing memang demand nak makan itu dan ini. Paling cikai minta aku belanja ajak makan luar. Sekarang pulak kawasan pantai timur dah bermula episod musim tengkujuh. Memang renyah kot kalau nak ajak keluar bagai.

Disebabkan semua kemalasan yang melampau nak bersiap so kitorang decide untuk beli something yang boleh makan dengan gaya bebas di rumah. Bukan ke begitu lebih bagus haha !


Fikir punya fikir kitorang decide nak order Domino's. Gigih aku google kononnya nak minta hantar sampai depan rumah tapi location rumah aku tak dapat trace pulak dalam maps delivery. So sad. Hopefully will be coming soon.

Nak taknak terpaksalah takeaway. Untuk pertama kalinya aku berjaya buat pesanan secara atas talian dengan Domino's Pizza dan betapa menyesalnya aku tak diperkenalkan lebih awal dengan sistem pesanan atas talian ni.

Kenapa? Aku ada 5 point untuk dibahaskan.


1. Kaya dengan limpahan cheese

Untuk sejenis hantu cheese macam aku adik-beradik point pertama semestinya cheese. Antara kelainan Domino's yang berjaya menarik pelanggan mereka termasuklah aku dengan adanya tawaran ‘add extra cheese’ pada topping dan kerak pizza. No limitation !

Aku tak tahu pun yang sebenarnya boleh request extra cheese sampai macam tu. Selama ni lurus ikut ajelah apa yang ada dalam menu order list. Hah dah tahu ada kelebihan macam ni lepas ni memang takkan aku lepaskan lagi peluang keemasan depan mata.

Pizza tanpa cheese ibarat sepi hidup saya tanpa awak. Cia cia. K hambar.



Antara favourite aku semestinya Chicken Aloha. Gabungan keju mozarella bersama ayam cincang dan nenas dengan Cheedar Cheese Tarik crust. Yes, pilihan kerak terbaru dari Domino's. Bayangkan topping Domino's Pizza yang memang dah dibakar sempurna dengan rasa keju ditambah pulak keju tambahan pada kerak pizza. Pehhh melimpah-limpah kau rasa keju.

Walaupun takeaway, rasa juicy nenas pada pizza masih terasa. Cuma sedikit kecewa tak dapat nak tarik-tarik cheese sebab bila sampai rumah pizza dah sejuk membeku dulu dalam aircond kereta tambah cuaca luar hujan lagi. But its okay, rasa cheese masih WIN untuk aku. Haa ni kalau dapat makan time pizza masih panas keluar oven sumpah superb. Nanti repeat k 😋


2. "Make Your Own Pizza" 

Percaya atau tak dengan Domino's korang boleh customize pizza ikut citarasa sendiri bermula dari saiz, sauces dan topping. Menarik kan? Satu keistimewaan Domino’s yang tak ada pada restoren pizza yang lain. Topping dan sauces yang disediakan pun pelbagai.


Sekiranya korang seorang veggie person, mesti risau nak makan pizza kan. SAY NO MORE ! Dah tak perlu risau lagi kalau nak order pizza boleh je add topping sayur banyak-banyak.

Copp ! Yang nak customize sauces pizza hanya maximum satu jenis pilihan sahaja k. Jangan pulak korang duk request nak mixxed up yang pelik-pelik lah. Memang tak masuk list !


3. Pilihan hidangan 'side dishes’ yang pelbagai

Sejujurnya kalau aku ke Domino's tak pernah cuba pun side dishes yang ada. Sebab memang fokus datang untuk pizza sahaja. Bila buat pesanan atas talian ni memang luas mata aku nampak menu hot yang wujud dalam website.


Punya banyak pilihan sampai aku tak tahu nak cuba yang mana dulu. Korang kena checkout sendiri website kalau tak percaya. Punya susah aku nak buat pilihan belek punya belek nampak Cheezy Four mencuri perhatian aku minta untuk dicuba. Agak-agak sebab apa? Lagi sekali. Cheeseeeeeee babe.


4. Sentiasa menawarkan promosi hebat

Khas untuk mereka yang sedang berjimat-cermat tapi nak makan mewah. Jangan risau kerana Domino's datang sebagai penyelamat korang. Asalkan kena selalu rajin checkout dengan website untuk ketahui bagaimana nak dapatkan free coupon atau diskaun hebat dari Domino's. Bukan setakat tu, setiap minggu setiap bulan ada je promosi baru yang mereka jalankan.

Aku jamin korang tak menyesal sebabnya aku pun hari-hari duk usha apa yang menarik tertarik dalam website. Cuma nasib aku baik sebab tak ada delivery yang sampai depan rumah kalau tak mau hari-hari aku order. Fuhh !


5. Menjaga Kualiti dan Kepuasan Pelanggan

Kenapa aku puji servis terbaik ? Okey meh aku ceritakan sikit pengalaman aku. Macam aku bagitahu pada mulanya ini kali pertama aku buat pesanan secara atas talian. Selepas dah berjaya resigter aku ada terima satu email greetings dari Domino’s. Katanya “Free Personal Pizza” telah dikreditkan dalam akaun aku dalam bentuk eCoupun. Aku sign up je dia kot. Dapat pizza free. Like wow seriously ?

Bukan habis kat situ je tau, bila dah siap buat pesanan atas talian dan siap takeaway semua korang akan ada terima lagi email dari Domino's untuk jawab survey. Disebabkan aku terlebih rajin saja menjawab survey yang diminta tuptup sekali dapat lagi email eCoupon FREE. Kali ni dapat "Garlic Twistsy Bread" pulak.


Nah tengok dalam akaun aku masih ada 3 lagi yang belum redeem. Baik hati sungguh Domino's Pizza kan? Sangat menghargai pelanggan mereka.Yeahh I loikeee.

Pada aku bila buat pesanan atas talian ni lagi memudahkan kerja. Tak payah susah nak beratur panjang kan. Jimat masa. Klik klik semua selesai dalam beberapa minit. Rating untuk servis pesanan atas talian pun GRED A. Pesanan siap awal dari masa yang dah aku pilih tapi terima masih panas-panas.

Last but not least. Terima kasih Domino's Pizza. Tahniah untuk setiap pencapaian yang telah anda lakukan sepanjang 21 tahun sejak 1997 sehingga kini semata-mata untuk kepuasan hati kami sebagai pelanggan. Keep it up !

#ItsAllAboutYou  #DominosMY

WEBSITE  |  FACEBOOK  |  INSTAGRAM  

1 comment

  1. Sejak ada Domino's ni kak ana tak tengok pizza lain. Kami sekeluarga hantu Domino's tau Ira. Pernah satu masa tU setiap minggu order Domino's. Hehe

    ReplyDelete

© IRAZULKEFFELE . Design by FCD.