LIRIK | DERITA - ISMA SANE

22 October 2018

Officemate aku jenis suka pasang siaran THR Gegar so secara tak sengaja lagu ni dah lama aku perasan kehadirannya dari dalam corongan radio cuma sekadar dengar, layan dan habis kat situ jelah. Ni yang boleh beria nak mencari siapa penyanyi apa tajuk sebab terjumpa satu video busker dalam twitter yang cover. Jadi duk teringat-ingat pulak liriknya. Hew !

Intro dan bait lirik lagu ni memula dengar pun dah buat aku jatuh cinta dan suka untuk didengari, macam style lagu zaman-zaman Apit. Memang tangkap leleh beb bila dengar (kalau korang dah wujud zaman tu).

Apit version 2 is comeback so boleh lah buat stock lagu yang tengah feeling broken tu. 


DERITA - ISMA SANE
Released: 2018
Lyric : Isma Sane


Ku sangkakan kau permata
Tapi hanyalah dimata
Bagai duri yang melukai
Diri ini

Sejujurnya ku tiada
Teman lain dihatiku
Kau berubah tanpa ku rela
Mengapa ini terjadi

Kau katakan sayang tapi ku terluka
Egomu menggunung
Kau tak pernah mengalah
Padahal dirimu
Punca semuanya

Bagaimana lagi harusku terima
Jika kau begini
Yang selalu menyakitiku
Walaupun bersama
Kau selit derita

Kau katakan sayang tapi ku terluka
Egomu menggunung
Kau tak pernah mengalah
Padahal dirimu
Punca semuanya

Bagaimana lagi harusku terima
Jika kau begini
Yang selalu menyakitiku
Walaupun bersama
Kau selit derita

Kau katakan sayang tapiku terluka
Egomu menggunung
Kau tak pernah mengalah
Walaupun bersama
Kau selit derita

Walaupun bersama
Kau selit derita


Biodata Ringkas ;
Nama Komersial : Isma Sane
Umur : 18 tahun (2018)
Asal : Sabak Bernam, Selangor
Pendidikan : Politeknik Sultan Idris Shah
Instagram Isma Sane : https://www.instagram.com/ismasanee
Twitter Isma Sane : https://twitter.com/ismasanee


ps : aku tak broken pun tapi cam tak boleh stop dengar. Berhantu untuk seketika. Adumakk !

1 comment

© IRAZULKEFFELE . Design by FCD.