RESEPI SIRA PISANG TERENGGANU

8 October 2018

Craving satisfied ! Fuhh dah lama sangat aku punya mengidam nak sira pisang sejak bulan 6 puasa haritu lagi ni baru mendapat.

Dulu masa arwah tok umi ada, dia suka jamu sira pisang ni bila anak cucu dia balik berkumpul. Kiranya ni antara makanan nostalgia zaman kanak-kanak aku jugak la kot. Sejak dia dah tak ada memang dah lama betul aku tak makan dan bila last makan pun tak ingat. Al-Fatihah !


RESEPI SIRA PISANG TERENGGANU

So berbalik pada cerita, aku tak pasti dari mana datang asal usul sira pisang tapi bila buat sikit research majoriti mention dari Terengganu atau Kelantan. Mungkin ini kerana 'makanan manis' yang sinonim dalam kehidupan orang pantai timur?

Mungkin YA. mungkin TIDAK.


RESEPI SIRA PISANG TERENGGANU

Bahan-bahan :
  • 1 sikat pisang emas (jenis pisang apa ikut suka minat masing-masing je la)
  • 1 liter air
  • 8 sudu gula pasir
  • 2 sudu gula merah
  • 2 helai daun pandan 

Cara buat :
  1. Panaskan air dan masukkan gula pasir dan gula merah bersama daun pandan yang disimpul mati (seperti cinta awak dan dia. Cia cia)
  2. Kacau sehingga gula larut.
  3. Masukkan pisang dan tunggu sampai air mendidih. Tutup api.
  4. Siap dihidang dan sedap dinikmati ketika sejuk keluar dari peti.

P/s : Sukatan aku ni dah kira nice kot tak keterlaluan manis gula. Kalau tak suka air sira yang banyak boleh kurangkan sukatan air dan gula. Sekian ! 

. . . .

SEJUJURNYA sampai sekarang aku memang failed nak hafal semua nama jenis pisang. Dalam hidup aku cuma kenal PISANG EMAS yang kecik comel molek ni je. Hehe.

Kalau ada yang tanya pisang apa sedap nak buat sira ni? Okey aku tak ada jawapan. 


Selamat mencuba.

2 comments

  1. rasa macam takpernah makan hehehe

    jemput join ga sha ; http://www.shfyqhazhr.com/2018/10/giveaway-planner-2019-by-shfyqhazhrcom.html

    ReplyDelete
  2. Sedap tu ira. Kak ana kalau pisang masak apa pun semua sedap. Baik pengat, sira, smoothies, cekodok.

    ReplyDelete

© IRAZULKEFFELE . Design by FCD.