RESEPI BEBOLA SATA GORENG DAN SOS CHEEZY

30 October 2018

Sata merupakan antara simbolik makanan tradisional untuk orang Terengganu selain keropok lekor atau nasi dagang. Betul dok orang Ganu?

Biasanya sata ni kita jumpa orang jual yang dibalut dengan daun pisang dan dibakar atas bara api je kan.

Sekarang SAY NO MORE, seriously aku pernah beli dan makan sata yang digoreng tau. Punya lah kreatif dan inovatif orang sekarang weh. 

Tapi bila makanan beli ni faham-faham jelah berapa ketul je dapat. Harga kemain. So dengan penuh rasa semangat dan kegigihan aku nak cuba buat walaupun rasa tu tidaklah sama sebijik. 

So far so good so happy sebab tiada satu pun pembaziran yang berlaku. Maknanya tu apa eh? Hewhew 😋

RESEPI BEBOLA SATA GORENG DAN SOS CHEEZY
excuses my food 'image noise' look huhuhu

RESEPI BEBOLA SATA GORENG

Bahan A (direbus)
10 ekor ikan selayang – bersihkan
Asam keping
½ sk garam

Bahan B (ditumbuk-pes)
1 biji bawang merah besar
2 ulas bawang putih
3 biji lada jarum
1 inci halia
1 inci belacan @ 1 sb budu – salah satu je
1 sb lada kisar
½ sk garam
1 sb gula
Sikit asam jawa – nak bagi rasa masam masam

Bahan C
1 biji kelapa parut putih 
1 biji telur

Cara Buat :

  1. Bahan A direbus dan disiat isi ikan tanpa tulang kemudian blend hancur.
  2. Gaul Bahan A + Bahan B + Bahan C. Serasikan semua bahan.
  3. Bulatkan dan goreng dengan suhu panas. Siap !

ps : antara rahsia penyedap SATA melalui pembacaan rata-rata mengatakan budu sebagai 'secret recipes', tapi disebabkan rumah aku tak ada stock budu so aku gantikan belacan.

pss : aku ada gunakan lada kisar so isi dalam kemerahan sikit . kalau nak dapatkan isi dalam putih macam sata bakar lada kisar adalah optional.


RESEPI SOS CHEEZY

Bahan:
1 sb tepung gandum
50g mentega
1 tin susu cair
6 keping cheddar cheese
1 kiub pati ayam knorr
pewarna kuning

Cara Buat :
  1. Cairkan mentega dengan suhu api perlahan dan masukkan susu cair serta cheddar cheese.
  2. Kacau sampai mendidih dan pastikan sentiasa di kacau.
  3. Masukkan pati ayam dan pewarna. Kacau lagi sampai dapat warna kuning yang cantik.
  4. Masukkan tepung sikit secara berperingkat dan kacau supaya tak berketul.
  5. Kacau lagi sampai semua bahan sebati dan keadaan sos likat dan kilat.
  6. Sejukkan dan siap.

ps : optional sekiranya korang nak tambah serbuk lada hitam atau serbuk cili kering kalau suka dengan look dan rasa pedas-pedas sikit. aku missed that part sebabnya dah backup rasa pedas tu dengan Bebola Sata Goreng.


Thanks for reading dan selamat mencuba.

6 comments

  1. Bulat comel sata goreng Ira.
    Sedappnya.. Rajin buat 👍

    Thank you bagi resepi boleh try nanti

    ReplyDelete
  2. Wah, macam-macam dah sekarang.

    ReplyDelete
  3. menarik bebola ni..tak pernah jumpa dan makan lagi.

    ReplyDelete
  4. Tiqa tak pernah cuba any makanan from Terengganu except for keropok lekor. Tengok Sata and terbaca pulak lagi sedap kalau letak budu fuhhh terliur.

    Saya suka budu sebab pernah duduk rumah kawan org kelantan for a week. Hari2 nasi dorang ada budu terus terlekat.

    ReplyDelete

© IRAZULKEFFELE . Design by FCD.