DISCOVER TERENGGANU | RAHSIA DI SEBALIK KEUNIKAN TASIK BIRU @ PEPSI BLUE, MARANG, TERENGGANU

18 October 2018

 RAHSIA DI SEBALIK KEUNIKAN TASIK BIRU @ PEPSI BLUE, MARANG, TERENGGANU

Tasik Pepsi Blue ni dah lama viral di Terengganu tapi aku je yang baru berkesempatan untuk datang ke sini. Itu pun sebab ada “pelancong jauh” datang bercuti di Terengganu dan ajak ke sini. Kalau nak harap aku datang sorang dua memang tidak lah ceritanya. Nama je penduduk yang bermustautin tetap di Terengganu tapi negeri sendiri pun belum habis explore. Lulz

Terengganu ada Tasik Biru? Wow dah macam oversea sangat bunyinya. Pelancong Malaysia yang nak fefeling macam view Tasik Biru kat New Zealand tu meh datang Terengganu mehh.

Tapi,

ada rahsia yang ramai tak tahu di sebalik keunikan Tasik Pepsi Blue, Terengganu.

Jeng ..  jeng .. 


KAWASAN LOMBONG TINGGAL CURI TUMPUAN PENGUNJUNG DI TERENGGANU

 RAHSIA DI SEBALIK KEUNIKAN TASIK BIRU @ PEPSI BLUE, MARANG, TERENGGANU

Penduduk tempatan menggelarnya Tasik Lubuk Mandi kerana pada awal penemuannya tasik ini pernah dijadikan tempat untuk mandi manda oleh sekumpulan remaja lelaki dan viral. Ia juga dikenali sebagai tasik ‘Pepsi Blue’ oleh sesetengah pihak kerana air tasik berwarna biru gelap dilatari dengan pemandangan indah.

Kadang aku cam takleh brain kenapa "pepsi blue", air tasik ni boleh diminum ke? Pheww.

Melalui pencarian dan pembacaan aku juga, keindahan tasik buatan manusia ini terhasil daripada kerja-kerja perlombongan emas orang terdahulu. Tasik yang terletak berhampiran Taman Kalungan Mas, Rusila ini agak tersembunyi dan merupakan kawasan larangan kerana sebelum tasik ini mula viral sekitar tahun 2015 dikatakan kawasan itu dipagar dengan kawat berduri kemudian dialihkan oleh pihak tertentu.

Kawasan ini juga dikatakan tidak sesuai dijadikan pusat pelancongan atau tempat riadah kerana air tasik dikatakan mengandungi bahan kimia yang mampu menghakis kulit serta keadaan persekitaran yang curam serta berbatu.

Satu pesanan mesra rakyat dari sis, bila datang ke sini jangan dibuat perkara atau aktiviti yang mengundang bahaya kepada diri sendiri. Terutamanya aktitivi mandi manda. Dibuatnya terlalu teruja sampai pergi terjun ke dalam tasik tu haa. Nayaaa !


KAWASAN TANAH BERBUKIT YANG BERDEKATAN KAWASAN PERUMAHAN

 RAHSIA DI SEBALIK KEUNIKAN TASIK BIRU @ PEPSI BLUE, MARANG, TERENGGANU

Secara peribadinya, di lihat pada kawasan sekitar adalah kawasan perumahan dan ada juga yang masih dalam pembinaan. Tiada apapun yang berjaya menarik perhatian di situ selain daripada kepuasan sendiri dalam menghasilkan potret untuk dijadikan kenangan bersama rakan atau keluarga.

Kedudukan Tasik Pepsi Blue berada di kawasan tanah berbukit, so korang kena mendaki sikit dalam 5 ke 10 minit sebelum sampai ke tasik dan mencari kedudukan wide angle yang boek. 

Untuk parking, terpaksalah korang mencari free space dekat kawasan lapang yang dirasakan selamat  untuk ditinggalkan dan pastikan kenderaan dikunci. Bukan apa, takut sekiranya ada kes kecurian yang tidak diingini berlaku. Almaklum, korang tengah seronok leka bergambar kat atas bukit menikmati pemandangan Tasik Biru tapi ada orang lain pulak tengah beronok-ronok duk cungkil pintu kereta. Tak ke haru biru jadinya ! So cegah sebelum parah.

Dan macam aku bagitahu pada awalnya, kawasan situ curam dan berbatu. Tanah batu pulak jenis mudah rapuh bila sekali pijak. Tersilap langkah mau engko jatuh tergolek.

Berhati-hatilah di jalanan ye sisthor brothor semua.


TARIKAN BARU UNTUK KAKI FOTOGRAFI (INSTA-WORTHY)

 RAHSIA DI SEBALIK KEUNIKAN TASIK BIRU @ PEPSI BLUE, MARANG, TERENGGANU

Walaupun terik matahari betul-betul depan muka tapi tak menghalang orang ramai datang dan balik. Termasuklah the gang dan aku. Waktu keberadaan kami di situ dalam sekitar jam 3 hingga ke 4 petang. Panas merecik semua memang dah tolak tepi. Meriah seronok bila tengok gelagat masing-masing yang sibuk bergambar sakan dengan berlatarbelakangkan Tasik Biru @ Pepsi Blue.

Tak kurang jugak dengan geng kaki fotografi. Kehulur hilir dengan kamera besar mereka. Cari port, angle dan lighting yang cun. Confirm effect filter hasil photo mereka lagi boom !

Kami? Mampu guna phone cikai jelah. Asal boleh update feed Instagram sudehhhh :P


PETA LOKASI

Bench mark ; SMK Rusila , Kawasan perumahan

Yang datang dari arah Bandar Kuala Terengganu, kedudukan laluan simpang masuk berada disebelah kanan jalan di persimpangan traffic light. Kalau tak silap aku.
Ikut je direction maps tu inshaaAllah sampailah ke sana. Cuma direction maps ni ada over sikit, Tasik Pepsi Blue tu tak ada lah jauh ke dalam macam dalam gambaran tu. Dekat je tempatnya dengan sebelah kawasan perumahan.

Nak lagi mudah masuk melalui jalan kawasan perumahan tu dan cari jalan ke arah bukit. 


HASRAT DAN IMPIAN YANG TERCAPAI

 RAHSIA DI SEBALIK KEUNIKAN TASIK BIRU @ PEPSI BLUE, MARANG, TERENGGANU

A lil throwback ; 10 August 2018 14:45

Haa ni dia "pelancong jauh" yang aku maksudkan tadi. Jauhhhh kau ! Yang sorang tu datang dari Setiu, dan lagi tiga pulak dari Kota Bharu. Uihh kan jauh tu nak sampai ke Bandar Kuala Terengganu. Haha !

Disebabkan salah sorang daripada mereka beria sungguh nak ke sini. Okey kita ikutkan ajer. Kesian kot dulu 3 tahun duduk Terengganu (baca : zaman study) memang tak mampu nak kemana pun. Paling habis kitorang lepak Pulau Warisan, paling jauh pada aku Pantai Batu Buruk itupun jalan kaki ramai-ramai macam rombongan cik kiah. Lulz. Nampak tak kegigihan kami disitu punyalah nak spend time dan manfaatkan masa bersama.

Disebabkan sayangnya mereka pada negeri angkat mereka ni (baca : Terengganu) aku try to be your best private tour guide. Best ke idok? Kononnya.




Thank you for reading :)

8 comments

  1. Sebenarnya, ni first time anis tau pasal tasik Pepsi Blue ni.. Biasa dengar Blue Lagoon je yang kat pd.. XD

    ReplyDelete
  2. Pepsi blue ni unik kemain nama dia kan, sapalah bagi nama tu.. hehe kak husniey tak pernah pergi lagi yang ni, kalau kat kg kak husniey di Kemaman ada jugak satu, besar gila.. Serius cantik kalau photoshoot. hihi

    ReplyDelete
  3. Kak ana pun tak sampai lagi dekat sini. Dekat kawasan perumahab rupanya ye. Tapi cantik sgt warna air tasik tu ira. Insta worthy for sure.

    ReplyDelete
  4. allahu, cantiknya kejadian Allah Taala. tak sangka pulak boleh jadi warna biru kat bekas lombong camtu

    ReplyDelete
  5. Very nice article, just what I wanted to find.

    ReplyDelete
  6. Tak tahu pun pasal kewujudan tempat ni sampai saya baca blog post ni.

    ReplyDelete
  7. Dalam Malaysia ni, Terengganu and belah timur yang Tiqa masih tak jejakkan kaki lagi. Dari dulu teringin nak pegi tapi apakan daya, tak pernah sampai lagi. I will bookmark this post and mana tau ada rezeki, boleh singgah.

    ReplyDelete
  8. memang cantik untuk photoshoot kan..indahnya ciptaan Allah

    ReplyDelete

© IRAZULKEFFELE . Design by FCD.