5 LANGKAH MUDAH DAFTAR LINK AKAUN CIMB KE TABUNG HAJI DI MESIN ATM

13 October 2018

5 Langkah Mudah Untuk Daftar Link Akaun CIMB ke Tabung Haji di Mesin ATM

Aku adik beradik sejak kecil lagi memang didaftarkan dan diajar menyimpan dengan TH. Jadi pada aku sendiri selain jadikan TH sebagai instrumen simpanan ia juga berfungsi sebagai instrumen pelaburan untuk jangka panjang. Walaupun faedah pelaburan TH tidaklah semewah dan segah sesetengah yang lain tapi pada aku ia sudah pun memadai. Terpulang pada keselesaan dan kehendak masing-masing.

Okey bukan tu point utamanya, kali ni aku nak kongsikan dengan korang cara mudah untuk daftarkan link akaun CIMB ke Tabung Haji (TH) dengan hanya perlu walk-in ke mesin ATM CIMB yang berdekatan.




Eh kosabajap! Sebelum nak meluru gi cari mesin ATM CIMB terdekat tu pastikan 3 perkara ini remark awal-awal sesiap dalam kepala supaya engkorang tak buat doplohpat kali kerja.

Keperluan dan persediaan sebelum mendaftar di mesin ATM ; 
  • Kad ATM CIMB - pastikan jangan salah kad bank
  • No Akaun TH - rujuk pada mukasurat hadapan buku akaun
  • No Siri Buku Akaun TH - rujuk pada mukasurat hadapan buku akaun

Proceed next step ;

LANGKAH 1 : Masukkan Kad ATM CIMB

LANGKAH 1 : Masukkan Kad ATM CIMB


LANGKAH 2 : Pilih ' LAIN-LAIN '

LANGKAH 2 : Pilih 'LAIN-LAIN'


LANGKAH 3 : Pilih ' TABUNG HAJI (TH) '

LANGKAH 3 : Pilih 'TABUNG HAJI (TH)'


LANGKAH 4 : Masukkan ' NOMBOR AKAUN TH '
(rujuk mukasurat depan buku akaun TH)

LANGKAH 4 : Masukkan 'NOMBOR AKAUN TH'


LANGKAH 5 : Masukkan ' NOMBOR SIRI BUKU TH '
(rujuk mukasurat depan buku akaun TH)

LANGKAH 5 : Masukkan 'NOMBOR SIRI BUKU TH'

**____ Urusniaga selesai.

PS - update : Selain akaun CIMB, kemudahan ini juga layak untuk pemegang kad Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank untuk mendaftar link akaun ke TH di mesin ATM yang berkaitan dengan panduan kaedah yang hampir sama.

Dengan adanya kemudahan seperti ni kita dah tak payah susah nak bersesak beratur ke kaunter TH semata-mata untuk membuat penyimpanan ataupun pengeluaran duit. Cari ATM yang berdekatan tekan tekan je selesai. Masa pun jimat banyak. Yeayy !

Secara peribadi aku ada alasan yang tersendiri kenapa masih kekal menyimpan dan melabur di TH. Sebabnya?


- - 7 KELEBIHAN DAN FAEDAH MENYIMPAN DI TABUNG HAJI - -
  1. Akaun simpanan TH hanya dibuka untuk warganegara Malaysia yang beragama Islam.
  2. Konsep simpanan di TH adalah berdasarkan konsep Wadi’ah Yad Dhamanah (simpanan dengan jaminan).
  3. TH akan memastikan setiap pelaburan dan perniagaan yang dibuat adalah berlandaskan patuh syariah Islam.
  4. Zakat simpanan pendeposit dibayar pihak TH sebanyak 2.5% daripada jumlah simpanan apabila cukup nisab (jumlah) dan haul (tempoh) - pendeposit akan dapat pulangan nilai bersih.
  5. Pengagihan dividen dan bonus yang diberikan TH kepada para pendepositnya adalah dikecualikan cukai oleh kerajaan.
  6. Tiada had dari segi jumlah dan kekerapan simpanan dan pengeluaran di TH.
  7. Sebagai simpanan masa depan untuk menyempurnakan Rukun Islam ke-5 (menunaikan Haji).

Kredit : FB Official - Lembaga Tabung Haji

5 comments

  1. Replies
    1. Ada awak, cara dia lebih kurang je dengan CIMB. Cari/pilih menu urusniaga 'Tabung Haji' :D

      Delete
  2. Bagus entri ni. Selama ni kak ana ingat cimb xboleh so kak ana guna maybank je. Tp lg senang sebab online je.

    ReplyDelete
  3. Syafi pun kak ana dah buka kan akaun TH. Senang dan terjamin. Lepas tu senang tak pening nk kira zakat semua kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaaAllah mudah-mudahan begitu la hendaknya kak hehe

      Delete

© IRAZULKEFFELE . Design by FCD.