BEAUTY TALK | COMEDOGENIC - PUNCA PORI TERSUMBAT ?

26 September 2018

Pernah tak jumpa dengan sesetengah individu yang agak paranoid dengan produk berlabel yang mengandungi bahan-bahan comedogenic. Mesti ada kan?

BEAUTY TALK | COMEDOGENIC - PUNCA PORI TERSUMBAT ?

Apa itu comedogenic?

Pronoun; (ko-mead-do-gen-ick).

Kepada yang tak tahu sebenarnya ‘Comedo’ merupakan nama lain untuk jerawat.

Berpunca daripada sebum (kelenjar minyak) yang berlebihan dan bercampur dengan sel kulit mati membuatkan pori kita tersumbat hingga menyebabkan jerawat teruk. Bakteria yang terperangkap di dalam kulit akan membiak dan sebab tu jugak kenapa jerawat selalu naik bengkak dan kemerahan.

Sebelum ni aku pernah review pasal satu produk acne gel dan adalah sikit membebel panjang lebar tentang jenis-jenis jerawat dalam posting tersebut. 


Silap yang selalu kita akan buat (termasuklah aku sendiri) bila cuba skincare yang baru pakai 2 ke 3 hari lepastu nampak naik jerawat claimed sebab produk comedogenic. Totally wrong !

Solution? Stop pakai. Membazir. 



Disclaimer : I'm not a dermatologist or pharmacist. Just an enthusiast. All idea based on personal experiences and reading with reference from the sources below.
BEAUTY TALK | PUNCA PORI TERSUMBAT ?
Sebenarnya, penyumbatan pori tak akan berlaku dengan cepat. Mungkin untuk terkelihatan ambil masa 4-6 minggu selepas penggunaan produk yang kita dah claimed 'COMEDOGENIC' tadi.


Cara kesan liang pori tersumbat? 

1. Pori yang tersumbat selalunya besar, kerana ia diregangkan dengan sel-sel kulit dan perkara lain yang ada di dalamnya.

2. Wujudnya whitehead dan blackhead pada kulit.

Whitehead ;
lebihan minyak dan kulit mati yang terperangkap dibawah liang yang tertutup dan kemudian akan membentuk jerawat dalam yang berwarna putih atau kekuningan.

Blackhead ;
tindak balas oksida yang terjadi pada kelenjar “sebaceous” dalam keadaan permukaan kulit terbuka dan menyebabkan lebihan minyak dan kulit mati yang terkumpul bertukar warna hitam.

3. Jerawat yang bernanah dan sakit bila disentuh kerana bengkak dari bawah kulit.


Bahaya comedogenic ingredients dalam skincare?

Tidak. Hanya sesetengah individu yang sensitif dengan bahan comedogenic atas pelbagai sebab. Kepada individu yang mengalami masalah kulit berminyak dan berjerawat (acne-prone and oily skin) sepatutnya mereka lebih aware.

Bila keadaan liang pori kulit kita yang memang dah sedia tersumbat, guna pulak produk daripada bahan yang lagi memberi penyebab. Sendiri mau ingat lah !


COMEDOGENIC RATING (causing acne) : 

0 - Will Not Clog Pores

1 - Low probability

2 - Moderately Low

3 – Moderate

4 - Fairly High

5 - High probability it will clog pores


Ini tak bermaksud kesemua bahan yang mewakili penilaian 5 tak elok untuk kulit. Berbalik pada kuasa pengguna, semak bahan pada label produk dan kenalpasti kedudukan bahan yang tersenarai berada di mana.

Jika nombor yang tinggi (5) tidak berada di kedudukan 7 bahan utama (pada awal label), produk tu masih selamat untuk korang kerana peratusan bahan yang digunakan di dalam produk adalah rendah.


Rujuk jadual untuk senarai bahan terlibat mengikut kategori ;

BEAUTY TALK | COMEDOGENIC RATING
This list of ingredients has been derived and compiled from various sources including the Journal of American Academy of Dermatology.

Tips untuk acne-prone atau oily skin?
cari produk atau bahan yang didominasi 0, 1 dan 2
untuk cleanser 3 okey


Ingredient yang elok untuk acne-prone atau oily skin ;
1. Fragrance-free
2. Glycolic acid
3. Retinol
4. Hyaluronic acid
5. Benzoyl peroxide
6. Clay
7. Sulfur
8. Witch hazel


 Sebolehnya elakkan ; 
1. Jojoba oils
2. Olive oils
3. Avocado oils
4. Shea butter
5. Cocoa butter
6. Lanolin
7. Tar
8. Artificial colors


dan ada sesetengah kulit yang mereka boleh menggunakan bahan daripada penilaian 4 tanpa mempunyai sebarang masalah.


Itu sebab penting untuk tahu apa masalah dan jenis kulit kita (skin type and concern) sebelum nak trial error mana-mana jenis skincare yang ada di pasaran. Kulit setiap dari kita sangat unik dan akan mengalami bertindak balas yang berbeza  kepada semua bahan dan produk.


Aku bukan nak boikot kata produk comedogenic ni tak elok ke apa. Nak kata elok pun tak jugak. Sebab sensitif kulit masing-masing berbeza. Tak semestinya juga yang claim produk NON-COMEDOGENIC kulit korang akan terkecuali akan selamat sejahtera aman damai tanpa sebarang masalah. 


dan perempuan bila insecure be like ;
 "Eh dia ni pakai produk XX okey je kulit tapi kenapa aku pakai naik merah gatal-gatal".


Dah breakout meroyan. I'm right girl?


Last but not least. All the best to all acne fighter (including me). Sobs ! 😢


Thankyou.


Source :
  • https://www.platinumskincare.com
  • https://skinsalvationsf.com/comedogenic/
  • https://www.beneficialbotanicals.com
  • www.mayoclinic.org

2 comments

  1. Nak kena check semula ingredient ubat jerawat yg kak ana pakai. So far ok je bila pakai. Tq for sharing ira

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan ira. nice info.. syaza dah follow ira ^^ BW sini jap harini

    ReplyDelete

© IRAZULKEFFELE . Design by FCD.