RESEPI BUBUR JAGUNG SAGU TANPA GULA MELAKA. MUDAH DAN SEDAP !

6 August 2018

Resepi Bubur Jagung Tanpa Gula Melaka

Punya banyak adik aku borong jagung itu hari masa dia pergi lawatan ke Cameron sampaikan tak tahu apa nak buat dengannya. Jagung murah kot yang sakan sangat aihh budak ni borong 🤦

Aku pulak bukan peminat jagung. Bukan tak makan langsung tapi kurenggg !  

Perancangan asal aku sebenarnya nak buat jagung manis macam dekat mall jual tu tapi malas gila oi nak ceraikan seketui seketui dan ibu pun menggunakan kuasa vetonya membuat kata putus. Katanya buat bubur jagung je mudah tak renyah. Sebelum jagung tu kecut dan buruk kalau tunggu aku. Lulz.

Okey lah kali ni anakmu mengalah ! Haha


BAHAN-BAHAN :

  • 4 batang jagung | bersihkan dan sagat kasar 
  • 1 kotak santan
  • 1 cawan sagu | direndam hingga kembang
  • 3 helai daun pandan
  • 1 liter air atau secukupnya
  • 1 cawan gula putih
  • ½ sk garam

CARA BUAT :
  1. Didihkan air dan rebus isi jagung sehingga empuk.
  2. Masukkan gula putih dan daun pandan. Kacau gula sehingga larut.
  3. Masukkan sagu dan santan. Kacau sehingga kuah pekat dan mendidih.
  4. Siap untuk dihidang.

Resepi Bubur Jagung Tanpa Gula Melaka
Resepi Bubur Jagung Tanpa Gula Melaka

Resepi Bubur Jagung Tanpa Gula Melaka

Aku sebenar pelik bila ibu sagat (bukan sajat ye) isi jagung tu, aku cakap dekat ibu nanti tak nampaklah biji jagung dalam bubur dan ini tips dari ibu. Katanya kalau nak bagi kuah pekat berlemak cara macam gini la sedap. Kalau makan jagung sebijik sebijik tak macam bubur lah. 

I'm be like ... OHHHH !

Tapi lain orang lain citarasa, Kan? Ada yang suka campur gula melaka nak bagi warna kuah dan rasa cantik. So terpulang pada citarasa masing-masing. Tips ibu aku sekadar berkongsi aje. Bukan untuk orang lain pun, untuk rujukan aku sendiri jugak. Hiks

Selamat mencuba !

11 comments

  1. Haih lama tak mkan bubur jagung.. Ingt lagi dulu my mom pernah tipu, cakap nak buat bubur jagung for jamuan hari guru, which kebetulan sambutan tu falls on my birthday.. Dia cakap, nanti bangun awal, tolong ibu masak which i did but then masa kejut, dia cakap, bubur dah siap, nanti dia hantar kat sekolah.. Sekali dia hantar kek.. kehkeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alolo so comel lahh your mom nesz, confirm ni jadi kenangan tiap kali tengok bubur jagung hihi

      Delete
  2. fav ni bubur jagung tp tk brp suka ltk sagu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha kalau ira suka ada sagu rasa macam berteka teki apa dalam mulut. Eh pun boleh centuuu 🤣

      Delete
  3. pernah makan bubur jagung tanpa sagu tu.tapi rabia lagi suka makan bubur jagung ada sagu.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aikk ira memang ada letak sagu hahaha tanpa gula melaka la sayang 😜

      Delete
  4. Ingat ibu bersajat tadi. Haha. Sedap bubur jagung ni. Memang nampak pekat kuah dia. Kalau dekat lama kak ana minta sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh pls jangan kak Ana, ira dah terbayang bangjat bersuara ni hahaha

      Delete
  5. Aduhai, sedapnya! Terliur dah ni. Suka dua-dua. With or without gula melaka 😊

    ReplyDelete
  6. Alahai lama gile tak makan bubur jagung.. sedapnye..

    ReplyDelete

© IRAZULKEFFELE . Design by FCD.