D24 DURIAN MCFLURRY REVIEW | ALL-YOU-CAN-EAT !

15 July 2018

Sana durian sini durian mana-mana je pergi semua sembang durian. Adat lah kan kalau dah musim dia haa. So harini aku rasa nak kongsikan sesuatu jugak tentang durian. Eh !

D24 DURIAN MCFLURRY REVIEW | ALL-YOU-CAN-EAT !

D24 Durian McFlurry yang viral.

Uihh mohon jangan duk meneleh dulu eh. Nak kasi teaser sikit je ni. hehe.

Disebabkan selalu sangat nampak pasal durian McFlurry ni muncul meriah kemain dalam ads laman sosial nak juga merasa walaupun aku macam curious pada mulanya betul ke rasa durian? Atau menarik hanya pada modus operansinya saja.

Daripada aku berteka-teki dengan perasaan sendiri betul ke itu betul ke ini mari kita pecahkan bokah tanda tanya yang mengganggu fikiran. Dan aku agak bernasib baik kerana lokasi McDonald's dari rumah tak jauh dan tak dekat. Okey yang ni korang iya kan aje buat-buat faham sudah.

Hah apa lagi kita pi drive-thru kasi try la satu kali !

D24 DURIAN MCFLURRY REVIEW | ALL-YOU-CAN-EAT !

Dengan harga RM7.99 (incl 0% GST) sebekas, ini yang korang akan dapat.

First impression aku. Not bad ! Boleh nampak kan tekstur 'sos' yang lembut dan halus sama macam puri baby. Walaupun digabungkan bersama aiskrim perisa vanilla masih lagi dapat rasa juicy buah dan bila disuap sesudu durian McFlurry feel dia sama kita makan seulas durian. Nampak tak situ hiperbola aku cuba buat tapi itulah yang aku rasa untuk pertama kalinya.

Bau je pun dah mencucuk hidung cuma taklah 'strong' macam real punya.

Ibu dan adik pun cakap benda yang sama "eh rasa durian sungguh lah".

 Mana taknya, dah nama menggunakan durian D24 sebenar.

Bila disekatakan antara dua kombinasi ni memang terasa jugak lah sisa serdak durian (what would be proper word that i use? )

Fuhhhhh !

Tapi apapun bertabah lah sekiranya branch korang dapat crew yang jenis kedekut berkira haji bakhil hew. Nasib baik tau crew branch Gong Badak pemurah baik hati (haaaa kipas) :P

D24 DURIAN MCFLURRY REVIEW | ALL-YOU-CAN-EAT !

Antara berita baik yang aku nak kongsikan, menariknya dalam bulan ini, McDonald's akan mengadakan event All-You-Can-Eat D24 Durian McFlurry di seluruh negara bagi meraikan 'The Return Of The King' bersama SEMUA PECINTA DURIAN DI SELURUH MALAYSIA.

Yang bertanya macam mana nak join sama event ni ? Nahh aku details untuk korang.

Date ; 
17 July 2018, Selasa

Time ;
Sesi 1 : 3pm hingga 4pm  |  Sesi 2 : 5pm hingga 6pm

Registrations ;
30 minit sebelum setiap sesi bermula
(pastikan datang awal kerana tempat adalah terhad hanya 20 seats untuk setiap sesi )

Price ;
RM10 nett (dewasa dan kanak-kanak berumur 4-12 tahun)
PERCUMA untuk yang berumur 3 tahun ke bawah

Venue ;
McDonald's di seluruh Malaysia


Pembayaran penuh mesti dibuat semasa proses pendaftaran dan akan ditutup sebaik sahaja 20 pelanggan pertama membuat bayaran atau sekali sesi bermula. 

Yang penting UNLIMITED REFILLS

No tapau. No ikat tepi. Semua sah untuk dimakan disana sahaja. Siapa lambat tinggal ! 


Find out more ; FB Page McDonald's Malaysia

D24 DURIAN MCFLURRY REVIEW | ALL-YOU-CAN-EAT !

The real durian runtuh party !

Kalau korang pun curious macam aku pada awal cerita tentang #DurianMcFlurry meh datang memeriahkan dengan hanya harga bayaran RM10, makan refill lah banyak mana sampai puas. Save the date, okey ?

Tempat limited tau !

All durian's lovers jangan lepaskan peluang yang ada. Ajak mak ayah adik abang kakak jiran sebelah awek pakwe haa semua satu kampung lah senang cerita. Datang awal dan dapatkan first seats ! 

Enjoy your McFlurry. Happy eating everyone.

19 comments

  1. sedapnyaa ira,, akak kureng sikit mcflurry nihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa yeke? Hmmm biar ira teka ni mesti sebab akak tak makan durian :P

      Delete
  2. Tak dapat nak pi sebab baby takde orang nak jaga, kalau tak mau join jugak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe tunggu tahun depan punya event pulak harap masih ada kan hehe

      Delete
  3. bestnyaa dpt mkn sepuasnya.. busyra tak makan durian.. hehe tp bila tngok sedap pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaaa why Busyra whyyy? Durian is so good taste ! haha

      Delete
  4. kalau dekat dekat, boleh buat reunion nii

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni kalau pergi reunion mau pulun group kita je gege gegok :D

      Delete
  5. oh 20 org je per session ..sure rmi nk try tu utk yg blum try... dh bli ms awal kuar aritu time raya tp yg 2nd time mcd kuarkan ni tk seummmppphhhh ms yg 1st time dlu....yg 1st time dlu lg sodap rsnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ira first try ni yang tahun lepas tak sempat rasa asyik sold out je -.-

      Delete
  6. Siapa nak rasa esok boleh serbu. Tp harap lah expect beratur panjang giler. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn. Sure punyaaaaa panjang haha

      Delete
  7. Replies
    1. yap yap wajib try yang belum try :D

      Delete
  8. sedap sungguh! rasa isi durian dalam tu!

    ReplyDelete

© IRAZULKEFFELE . Design by FCD.