BAGAIMANA CARANYA KEMASKINI MAKLUMAT PENDAPATAN PEMINJAM UNTUK PENANGGUHAN BAYAR PTPTN 2018

18 July 2018

Sejak bebas daripada senarai hutang PTPTN memang aku tak ambik tahu langsung tentang isu berkait. Kalau tak dulu akulah first (mana taknya kalau dah hari-hari duk buka website PTPTN hiks).

So jadilah aku macam katak bawah gelas kaca sebab nampak keadaan sekeliling tapi tak tahu apa isu topik semasa hari ini 🤦

CARA KEMASKINI MAKLUMAT PENDAPATAN PEMINJAM PTPTN

Alkisahnya, 

Sekiranya peminjam tidak mengemaskini maklumat dalam tempoh yang ditetapkan selewat-lewatnya sehingga 25 Julai 2018, maka PTPTN menganggap mereka tidak berhasrat memohon penangguhan bayaran balik dan mereka tidak akan termasuk di dalam dasar baharu bayaran yang akan dibuat," kata Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan ketika sidang akhbar di Menara PTPTN di sini hari ini.Wan Jan bagaimanapun memberitahu, tarikh penguat kuasaan penangguhan bayaran tersebut belum ditetapkan tetapi perkara tersebut akan diumumkan sebelum 17 Ogos ini.Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN untuk graduan berpendapatan RM4,000 ke bawah sebulan adalah antara manifesto kerajaan Pakatan Harapan ketika Pilihan Raya Umum ke-14 baru-baru ini.  - keratan K! online

_______________________________

Rupanya tengah panas cerita pasal penangguhan bayaran balik untuk peminjam PTPTN. Ini aku boleh tahu isu pun sebab ada kawan whatsapp tanya, blur gak la memula aku baca bila dia tanya macam mana nak kemaskini . Aku? Kemaskini apa pulak ni weh !


Read also : Tips Dapatkan Diskaun Bila Bayar PTPTN dan Cara Pengiraan Baki


CARA KEMASKINI MAKLUMAT PENDAPATAN PEMINJAM PTPTN


CARA KEMASKINI MAKLUMAT PENDAPATAN PTPTN (PENANGGUHAN BAYAR BALIK)

1.  Peminjam perlu layari ke portal rasmi di http://www.ptptn.gov.my .

2.  Klik di ruangan ‘Kemaskini Maklumat Pendapatan’ atau terus akses ke https://www.ptptn.gov.my/akuanpendapatan/ .

3.  Log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan dan No. Pinjaman Peminjam

4.  Selain kemaskini maklumat pendapatan, peminjam juga perlu mengemaskini maklumat lain seperti alamat tempat tinggal, alamat email, nombor telefon dan maklumat pekerjaan.

5.  Sebelum mengesahkan maklumat, peminjam boleh menyemak semula maklumat yang telah dikunci masuk. Jika maklumat adalah betul, peminjam perlu membuat pengesahan kemudian klik pada butang hantar.

6.  Peminjam boleh mencetak maklumat pengemaskinian pendapatan dengan klik pada butang 'cetak maklumat' untuk simpanan sebagai rujukan peminjam sahaja.

7.  Sekiranya selesai mencetak maklumat, klik pada butang Keluar.

Tahniah, korang sudah pun selesai dan berjaya mengemaskini maklumat pendapatan untuk permohonan penangguhan bayaran PTPTN !

Nota : Sekiranya peminjam masih belum mempuyai simpanan atau terlupa No. Pinjaman, peminjam boleh dapatkan melalui Talian Careline PTPTN (03-2193 3000) atau tanya terus melalui akaun twitter rasmi PTPTN.


Kategori yang tidak diwajibkan untuk Mengemaskini Maklumat Pendapatan Peminjam ?
  • Peminjam yang belum patut bayar balik (iaitu peminjam masih dalam tahun pengajian) dan peminjam telah selesai hutang tidak perlu mengisi maklumat ini.

sumber : website PTPTN


Jelas? Harap faham ye. Takde rumit mana pun cara kaedahnya. 

Cuma pada pendapat aku secara peribadinya, ini merupakan satu inisiatif yang bagus kepada peminjam yang benar-benar tak mampu untuk membayar. Tapi tak bermakna golongan yang MAMPU BAYAR (tipulah paling cikai RM100 sebulan tak mampu) turut sama menggunakan alasan ‘pendapatan bawah RM4000’ untuk membebaskan diri sendiri daripada kenyataan yang nyata.

CARA KEMASKINI MAKLUMAT PENDAPATAN PEMINJAM PTPTN

Sekadar peringatan mesra sesama saudara. No hurt feeling k !

Bye.

4 comments

  1. ye betul tu. Even diberi kelonggaran tapi hutang wajib dibayar. :)

    Jemput Singgah : Cara Kemaskini Akaun Pendapatan PTPTN

    ReplyDelete
  2. betul tu kak. hutang wajib bayar, jangan buat-buat lupa plak bila dah dapat penangguhan. heheh

    ReplyDelete
  3. Kak ana selesai update dah. Walau tak bergaji bayar tetap bayar. Hutang tu. Tak berkat ilmu nanti. Hehe

    ReplyDelete

© IRAZULKEFFELE . Design by FCD.