PENGALAMAN BAWA KUCING BALIK KAMPUNG BERAYA

21 June 2018

Hai semua.

Diam tak diam dah pun 7 syawal. Ada yang masih dalam mood raya ke atau senasib dengan aku dah mula bekerja balik? Yang dah terpaksa bekerja mari la kita tabahkan diri bersama huhu.

Walaupun agak lewat untuk aku ucapkan tapi nak jugak ucap . . .

“SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN” 

kepada rakan-rakan blogger mahupun my silent reader, walaupun tak pernah kita bersua muka kot ada terkasar bahasa dalam berbalas komen atau kata sepanjang perkenalan kita di alam maya. Harap diampun dan dimaafkan.

Kosong-kosong ye 🙏

pengalaman bawa kucing balik kampung


Yang mana follow aku di instagram pastinya dah tahu kisah yang raya tahun ni aku ada ahli keluarga baru bersama. Eh bukan keluarga baru ehem tu tau, tahun ni sis masih lagi #teamrayabujang. 

Ehh tiberrr.

Nahh korang pun dah tahu kan siapa ahli keluarga baru yang aku maksud kan.

Seriously, ni merupakan pengalaman kali pertama aku sekeluarga bawa kucing balik kampung. Bukan dekat weh perjalananan tu (Terengganu - Johor) ambik masa lebih kurang 10 hingga 12 jam lamanya. Almaklum time raya memang bersusun lah kereta atas jalanraya.

Yang bestnya pada aku. Sebelum ni tiap-tiap kali balik raya kalau berhenti rehat dekat hentian Gambang aku akan nampak satu family ni bawa turun kucing dorang untuk main. Time tu jugak aku selalu berangan bestnya dapat bawa kucing balik kampung.

Tak ku sangka raya tahun ni impian menjadi kenyataan. Curlassss kau Dek.

pengalaman bawa kucing balik kampung
I AM NOT "LIKE A BOSS" I AM THE BOSS

Disebabkan Dedek jugak ramai yang curious tanya aku macam mana kitorang ni boleh bawa dia naik kereta jalan jauh pulak tu. Antara soalan paling famous lah yang aku dapat
. . . eh tak membuang ke dia dalam kereta
Risau benor engkorang ni kan kalau kucing aku ni yak atau cing dalam kereta. Sweet of you lah hihi.

Sebenar ada cara dan kaedahnya. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan walaupun tak dinafikan pada mulanya memang agak susah nak behave-kan dia dalam kereta untuk perjalanan yang jauh. 

Mana-mana kucing akan resah gelisah bila dia jumpa dengan tempat (bau) baru dari dia masuk kereta sehinggalah sampai ke destinasi. Jangan pelik atau tambahkan lagi keresahan si kucing kalau kita tengok dia macam takut-takut je atau taknak dipegang oleh tuan sebab tengah dalam proses sesuaikan diri dengan persekitaran yang baru. Rilex. 

Nanti kucing tu boleh depression kalau dipaksa sangat. Jangan tak percaya eh.

Tapi Dedek ni lain case, dekat kampung memang banglong kawasan la dia ni haa. Semua orang fokus dekat dia sampai lupakan aku pun sikit tak hairan takde perasaan (tak sampai sejam dia dah boleh sesuaikan diri dengan orang dan persekitaran sekeliling). Dia boleh buat rumah nenek tu macam rumah dia je pergi ke sana ke sini sesuka hati dia. Perangai.

See, yang penting just give his/her time.

pengalaman bawa kucing balik kampung
FAV aktiviti sepanjang perjalanan

Persiapan dan keperluan untuk si kucing bawa balik kampung pun penting dan perlu ada tau. Ingat boleh bawa lenggang kangkung je ke. Balik kampung beraya bukan sehari dua. So persiapan kita dan si kucing harus seiring sejalan. Giteww.

Tapi . . .

semua tu aku akan cuba kongsikan dalam PART II sekali dengan tips sebelum semasa dan selepas. Ingat nak up untuk satu entri je sebab tahu tahap kerajinan aku macam mana. Fuhh macam dah panjang sangat pulak entri ni kalau aku rangkumkan semua sekali. Nanti takut syiok sendiri. 

Aku janji aku akan update secepat yang boleh (harap mood rajin ada). 

Phewww. Kbye!

10 comments

  1. Abang long kawasan ni. Takut kak ana. Harap sabtu ni balik KT abang long kawasan tutup mata lah ye. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah balik negeri sendiri ni mood dia dah okey tak garang dah hahaha. Banglong pesan hati-hati di jalanan semoga sampai dengan selamat ye :D

      Delete
  2. selamat hari raya kak..comel nya kucing kak

    ReplyDelete
  3. alahaiii comelnya kucing diaa.. geram la tngokkk. <3

    ReplyDelete
  4. salam singgah sini, comelnya kucing dia.. pernah ada jugak pengalaman bawak kucing balik ,, masa bela kucing dulu2

    ReplyDelete
  5. Allahuakbar comelnya la si Dedek..geram tengok!

    ReplyDelete
  6. terbaek.. nasib baik dia x mabuk angin dalam perjalanan.. hehe

    ReplyDelete
  7. Hi just wanted to give you a brief heads up and let you know
    a few of the pictures aren't loading properly.
    I'm not sure why but I think its a linking issue. I've tried it in two different internet browsers and both show the same
    outcome.

    ReplyDelete
  8. cik bulus balik kampung juga ye.. Comel jerk dia..

    ReplyDelete

© IRAZULKEFFELE . Design by FCD.