RESEPI VIRAL MANGO SMOOTHIE (MANGGA SUSU PIOR)

23 May 2018

Hai korang. Sedar tak sedar hari ni genap sudah seminggu kita umat Islam berpuasa. So far so good?

Dalam seminggu ni dah berapa tapak  bazar ramadhan yang korang pergi turun padang melawat kawasan. Kalau belum tu hah samalah kita. Aku sendiri pun tak tahu apa yang menarik untuk dibeli kalau datang bazar. Sekadar berseronok tengok orang ramai je ke sana ke sini (isk puasa ni jaga sikit mata tu syahirah kuikui).

Nak kata menariknya pada makanan, bila tengok kiri kanan memang lah nampak sedap semua tapi yang meminta nafsu semata bukan diri sendiri pun. Bab minuman pulak dari meja hujung ke meja hujung memang tersusun minta dibeli. Bab ni aku memang kalah dan tergugat. Tapi yang sedihnya rasa tak seberapa pun. 

Benci tauuu! 

Saya nak balik duit saya...


Disebabkan sikap cerewet ni aku lebih rela lah kalau buat sendiri biar susah leceh macam mana sekali pun. Puas hati pun iye. Boleh ikut selera anak tekak. Kalau tak sedap marah dengan diri sendiri. Tergugat tengok air bazar yang viral sana sini dalam sosial media maka terhasillah air tangan sendiri.

Sedap ke? Yes, of course. (maaflah terpuji diri sendiri pulak)


RESEPI MANGO SMOOTHIE

Bahan-bahan :
1 biji buah manga – dibuang kulit
3 sb susu pekat (bergantung pada saiz sebiji manga)
1 cawan ais

Cara penyediaan : 
  1. Satukan kesemuanya dalam mesin pengisar. Kisar sehingga sebati.
  2. Tuang ke dalam gelas tinggi dan tabur lebihan manga yang dipotong dadu sebelum dihidangkan.
  3. Sedia untuk dinikmati.

Uihhh mengancam ke tidok?

Lemak berkrim disukai ramai. Serius memang puas hati sangat.

Dah jangan ditenung lama sangat takut terbatal pulak puasa tu. Hew.

Selamat mencuba.

8 comments

  1. Teringat dulu masa duduk hostel, ada pakcik ni jual mangga murah sangat, then bebudak ni bantai buat mango smoothies, kongsi 15 orang.. huhu..

    ReplyDelete
  2. Mengancam gilerrrr. Lagi-lagi tengok masa perut tgh keroncong untuk ana ni. Haha

    ReplyDelete
  3. Alahaii mencabar betul tengok gambarnya ni

    ReplyDelete
  4. alahai sedapnyaaa..de beli hritu..smooth je msuk perut.sejukk sedapp berkrim lg disukai ramai gituhh

    ReplyDelete
  5. perghhh sedappp! busyra suka sngt buah mangga.

    ReplyDelete
  6. Alahai silap tak tengok entry ni masa puasa aritu, kalau tak boleh buat..nampak mengancam..

    ReplyDelete

© IRAZULKEFFELE . Design by FCD.