RESEPI PUCUK UBI MASAK LEMAK PUTIH

21 May 2018

Hai. Puasa keteww?

Ehemm siapa sini yang suka masakan kampung. Sejenis aku pulak tak semua masakan kampung aku boleh go sebenarnya. Dan aku pun bukan peminat sayuran hijau sejati tapi kalau ada pucuk ubi masak lemak (tak kisah lemak putih atau kuning) walaupun makan dengan nasi panas lauk ayam atau ikan goreng kosong ada pulak sambal kicap memang susah aku nak tolak. Memang berselera lain maciam.


Pucuk ubi ni salah satu hasil tanaman jiran aku. Memang rajin dia menanam dan semuanya menjadi. Maka beruntung kami ditakdirkan berjiran dengan beliau yang rajin berkebun huhu. Disebabkan jarang ada kat rumah ulang alik balik dan duduk kampung tapi dia dah pesan siap-siap dekat ibu "kalau tanaman dah nampak hasil, kalau nak ambik aje". Sambil-sambil perhatikan rumahnya. Orang kata, pucuk dicita ulam mendatang lah kan. Hihi. Aku doakan semoga Allah murahkan rezeki Cik Nor. 


RESEPI PUCUK UBI MASAK LEMAK 

Bahan-bahan :

1 genggam pucuk ubi - dicelur bersama sedikit minyak supaya lembut
½ biji bawang merah * 
2 ulas bawang putih *
1 genggam ikan bilis *
3 biji cili padi - dihiris (tambah kalau suka pedas)
1 kotak / 200ml santan pekat (brand KARA)
1 cawan air
Asam keping 
Garam gula - secukup rasa

Ps : boleh jugak gantikan ikan bilis kepada ikan kerin, tapi tak payah tambah garam ye kalau taknak kena darah tinggi mengejut.


Cara-cara :
  1. Bahan-bahan bertanda * ditumbuk kasar kemudian toskan pucuk ubi yang dicelur tadi dan dihiris mengikut citarasa. 
  2. Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk dan renehkan di atas api sederhana.
  3. Kacau perlahan sampai mendidih, biarkan sekejap dan tutup api  (tak perlu di masak lama sangat tau nanti takut pahit)
  4. Siap dihidang.

Selamat mencuba.

Haa tak tahu nak masak menu apa untuk berbuka hari ni. Yang memana tetiba tersedar ada tanam pucuk ubi kat luar rumah pulak tu dah naik semak. Nah sila rajinkan diri pergi petik pucuk ubi tu okeyy.

Till here.

5 comments

  1. Kalau kak ana makan dengans sambal belacan ira. Memang terangkat habis.Bertambah-tambah nasi dibuatnya.

    ReplyDelete
  2. Selalu makan pucuk ubi masak lemak kuning je.. Kalau putih, my mom selalu buat dgn labu or kobis.. huhu..

    ReplyDelete
  3. Boleh cuba ni.. lain dari yang lain menunya ni

    ReplyDelete
  4. ini kalau makan dengan nasi. ikan goreng. cabai tumbuk. boleh tambah nasi brkali2 tau. hehe

    ReplyDelete
  5. Tak pernah makan pucuk ubi masak lemak camni, biasanya masuk dalam cili padi. Tapi mesti sedap rasanya kan..

    ReplyDelete

© IRAZULKEFFELE . Design by FCD.