RESEPI PENGAT LABU CEPAT & RINGKAS

20 May 2018

Wuhuuuu. Aku kembali bersiaran. Alhamdulillah setelah berhari-hari aku berperang dengan diri sendiri baru hari ini yang dah nak masuknya ramadhan ke-5 baru aku menjelmakan diri untuk bangkitkan semula blog post yang sendu. 

Sebelum puasa haritu aku adalah merancang konon nak update satu hari satu menu tapi nampaknya hasrat tu mungkin terkubur.

But its okey, matsaleh kata better late than never. Lulz.


RESEPI PENGAT LABU - CEPAT & RINGKAS

Bahan-bahan :
1/2 biji labu - dibuang kulit dipotong dadu
4 cawan air
3 sb gula
1 kotak / 200ml santan pekat
2 helai daun pandan
1 gelung gula melaka
4 sudu sagu - direndam sampai kembang
Sedikit garam

Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan di atas kecuali sagu ke dalam periuk (pastikan labu tenggelam di dalam air tau).
  2. Didihkan di atas api sederhana kemudian masukkan sagu yang direndam tadi.
  3. Kacau sampai gula melaka cair, sagu betul-betul kembang dan labu dah lembut empuk. Tutup api.
  4. Sedia untuk dinikmati.

Cadangan hidangan, simpan kejap dalam peti more or less 20-30min bagi sejuk baru nikmat umphh semasa dijamu giteww.

Ps: petua ibu aku biji labu jangan dibuang masukkan je sekali sebab disitu terletaknya zat dan khasiat labu. So kalau korang tak suka boleh je buang ye. Optional dan stail memasing je. Chillex!

Last but not least. Ramadhan Kareem and happy fasting everyone. Semoga dibulan baik ni sama-sama kita merebut peluang menambah amalan dan menjadi yang terbaik. InshaaAllah :)

6 comments

  1. alahai sedapnya ira.. busyra suka sngt labu bila dibuat pengat..

    ReplyDelete
  2. Selamat berpuasa ira.. Sedap pengat labu kak ekin lama dah tak makan..

    ReplyDelete
  3. Ooo lamanya tak makan. Antara muka fav ni

    ReplyDelete
  4. lamanya busyra tak makan pengat labu. teringin pulak ni.

    ReplyDelete

© IRAZULKEFFELE . Design by FCD.