RANCANG PERCUTIAN EKSKLUSIF DI NOVOTEL MELAKA

30 March 2018

Hai korang.

So, guys how was your day? I hope you're doing well.

So did I.

April is coming and I will go somewhere to refresh my mind. Dah penat bekerja sekali sekala self reward tak salah kot. Seriously ! Korang yang sibuk bekerja macam mana sekalipun curi-curi la sikit masa. Bawa keluarga atau kawan-kawan bercuti, okey ? 😎

Korang nak tahu tak, semalam tengah aku rajin clean up internal storage phone terjumpa gambar aku and the geng masa ikut rombongan kelab ke Melaka alaa yang dikenali sebagai Bandaraya Bersejarah tu, tahun 2015 tak silap. Yes. Aku ni memang kalau datang Melaka mostly ikut rombongan je. Then, stay di asrama atau homestay itu pun jauh dari kawasan pusat bandar.

Aku macam terfikir, kenapa aku tak pernah nampak (atau tak perasan) mana-mana hotel tengah pusat Bandar tu eh? Tak puas hati punya pasal terus aku tanya pakcik google. The google search result show exactly what I want.

And the result is NOVOTEL MELAKA HOTEL.



Rupanya Novotel (mid-scale hotel for business or family trips) adalah jenama hotel kelas atas dalam kumpulan AccorHotel yang mempunyai hampir 400 hotel dan resort di 60 negara, termasuk di Malaysia.

Tapi kenapa aku langsung tak perasan kewujudannya di sana? 🤔

Terletak di tengah-tengah pusat Bandar berhampiran dengan Jonker Street yang terkenal, The A Famosa, Bukit St.Paul dan The Stadhuys. Yang menariknya, korang boleh melawat tempat bersejarah di sekitar Melaka hanya dalam jarak berjalan kaki dari hotel tersebut.

Boleh bayang tak macam mana dekat dan meriahnya di sekitar kawasannya. Kemudahan lain seperti kedai-kedai souvenior, restoran, pusat membeli-belah pun ada berhampiran dengannya. 


Bila menginap di Novotel Melaka inilah masanya untuk kita nikmati segala aktiviti menarik yang ada disekitar kawasan Melaka. Rugi lah kalau dah datang tapi tak buat. Tinggal korang nak kena sedia duit dan masa sahaja.

Pengangkutan awam juga ada disediakan dan semestinya mudah diakses dengan perkhidmatan panggilan teksi yang disediakan 24/7.  Wow ! Sampai macam tu sekali layanan disediakan. Khas untuk  korang yang sayang sangat dengan lemak-lemak degil tu. Hehe.

Apa lagi yang korang nak ?


Kemudahan di Novotel Melaka :

+  WIFI / Internet Access
Sekarang pergi mana-mana nak kena ada internet access. Bila nak bermalam kat mana-mana hotel pun, benda pertama yang dicari mesti WIFI hotel. Kalau tak ada access boleh mati kutu oi. Eh tak cakap orang lain tapi mengaku diri sendiri 🙈 Korang pun macam tu kan? Baik mengaku. Yang perangai sejenis macam aku ni, korang tak payah nak risau kerana kemudahan yang Novotel Melaka sediakan memang tiptop. Katanya setiap sudut yang kita pergi dalam bangunan mereka wifi dapat diakses dengan mudah.


+ Indoor secured parking services
Kalau travel dengan kereta sendiri part ni memang antara masalah yang patut dibimbangkan. Lagi-lagi kalau hotel yang open park then owner sendiri tak boleh nak jamin tahap keselamatan untuk kereta mereka. Yelah jenayah tempat orang siapa tahu kan. Tapi nasib baik Novotel Melaka ada sediakan indoor secured parking services untuk pelanggan mereka. Baru lah boleh nak tidur dengan tenang.



+ Web Corner on a Mac
Aku tak tahu samada di hotel yang lain ada atau tak disediakan ruang sebegini untuk pelanggan mereka. Bagi aku kemudahan seperti ini adalah satu tarikan dan idea yang baik especially yang datang ke Melaka untuk urusan kerja. Mungkin ini antara salah satu sebab juga untuk aku akan bermalam di sini sekiranya berkesempatan ke sana. Bila  dah tahu ada kemudahan yang macam ni tak payah susah aku nak angkut laptop sekali. Memudahkan kerja aku sekiranya ada kerajinan untuk update blog diwaktu dan ketika itu. Hehe. 



+ Space for meeting, event and weedings. 
Siapa yang merancang untuk berkahwin tahun ni dan sedang mencari tempat atau dewan yang sesuai untuk majlis. Saya ada jawapan kepada masalah anda. Cewahh gituu! Novotel Melaka selain dijadikan tempat untuk pelancong datang bermalam, kemudahan dan ruang untuk orang luar gunakan juga disediakan. Seramai mana pun jemputan dan sebesar mana pun ruang dewan atau bilik yang dikehendaki ada tersedia. Cuma dengan syarat, korang kena hantar proposal awal-awal ye untuk minta kelulusan daripada pihak hotel samada acara korang boleh atau tak dijalankan disana. Jangan pulak main redah je. Naya !


+ Fitness centre
Fuhhh. Walaupun sibuk bercuti atau bekerja tapi masih ada masa fikir nak gain muscle. Tak payah susah nak pergi redah mencari tengah pusat bandar tu haa. Kemudahan ini ada tersedia untuk korang di Novotel Melaka. Ini memang berita yang sangat baik lah untuk korang yang kaki gym tu. Sado perlu maintain bruh. Jangan cakap hakak tak payung.



+  Kid’s Corner
Bukan ruang untuk orang dewasa je yang ada, untuk kanak-kanak juga tersedia. Tapi pastikan kanak-kanak yang berumur sekitar 4 hingga 12 tahun. Yang boleh didefinasikan sebagai "berdikari". Hah sekiranya si ibu atau si bapanya yang datang atas urusan kerja tak perlu lagi biarkan si anak ni berkurung je dalam bilik. Kesian ! Mereka boleh bermain dan berkawan dengan kenalan baru di sini. Dalam sedih ada gembiranya.

Setiap kemudahan yang disediakan memang ciri-ciri first class sesuai untuk seisi keluarga. No wonder diklasifikasikan sebagai hotel kelas atas, walaupun novotel hanya diiktirafkan sebagai hotel bertaraf empat bintang. 

Overall banyak positives feedback tentang novotel melaka reviews and prices, not at all expensive. Sesuai dengan apa yang disediakan mereka untuk keselesaan dan kemudahan pelanggan.

Kalau ada rezeki lebih dan merancang untuk bercuti ke Melaka dengan keluarga, Novotel Melaka aku dah bookmark as wishlist awal-awal untuk bermalam di sana. Yang penting bukan lagi sebagai pengunjung yang datang dengan rombongan cik kiah okey. Huh !

So, kepada mereka yang betul-betul jenis workaholics tapi dalam masa yang sama ada keinginan nak bercuti berjalan makan angin haa Novotel Melaka adalah jawapannya. Angkut semua staff dan family korang datang ke sini tau. Hehe.

Till here. See you next entry !

Disclaimer : All images are copyright to their respective owners.

2 comments

  1. Wishlist novotel ni ira. Hari tu masa nginap kat melaka lalu depan novotel ni. Nampak macam best. Nak try lah stay sini nanti.

    ReplyDelete
  2. Bab Mac tu membuatkan rasa nak terjah hotel ni. Nak beli Mac tak mampu. Hehe

    ReplyDelete

© IRAZULKEFFELE . Design by FCD.