JENIS-JENIS EYELINER YANG PERLU DIKETAHUI ; FOR BEGINNERS

4 March 2018


JENIS-JENIS EYELINER YANG PERLU DIKETAHUI ; FOR BEGINNERS
Hi yalls.

Perempuan dan solekan memang boleh didefinisikan sebagai kawan baik. Korang percaya tak hanya dengan trick eyeliner sahaja boleh mengubah 360 pandangan mata seseorang yang kecil kelihatan besar, yang bundar kelihatan bulat dan segar. Get it? 

Tapi, tak semua orang tahu kegunaan dan jenis eyeliner yang sebenar contohnya macam aku.

Dari kerana mata yang mempunyai kuasa.

Bila youtubing pasal tutorial makeup, part yang selalu aku tak sabar tunggu adalah part eye makeup and eyeliner look. Cuma, bila nak di-apply pada muka sendiri aku kena fikir beribu kali sebabnya aku ada masalah dark circle pada bawah mata. So memang aku OUT kalau bab mata takut nampak lagi teruk dan nampak sakit.

Walaupun tak pakai tapi tak salahkan untuk aku berkenalan. So aku perkenalkan juga kepada korang semua jenis-jenis eyeliner yang ada dan wujud. Sekurangnya tak lah nampak "innnocent" sangat kalau ada bertanya. Hihi.

JENIS-JENIS EYELINER YANG PERLU DIKETAHUI ; FOR BEGINNERS
1. Eyeliner Pencil

Untuk beginner yang baru nak berjinak try-test dengan eyeliner jenis pencil macam ni selalunya adalah starter kit untuk korang play safe. Betul tak? Starting harga pun ada yang murah no wonder lah selalu jadi sasaran beginner. Ada dua jenis mata liner pencil yang korang kena tahu, satu yang betul macam pencil 2B sekolah dan satu lagi macam ala-ala crayon. Kedua-duanya jenis eyeliner ini memerlukan pengasah (yang dikhaskan) untuk dapatkan balik mata liner yang tajam selepas tumpul digunakan. Jangan sesekali korang guna pengasah sekolah adik korang untuk asah ye. Ntah mana-mana bakteria kau bawa hidup atas mata tu haa.

Struktur mata pencil yang lembut memudahkan untuk membentuk garis mata yang tebal mahupun nipis mengikut kesesuaian solekan mata korang. Untuk menanampakkan kesan yang dramatik pada solekan mata teknik smudge atau tightline pada bahagisan mata bawah dan atas sesuai digunakan. Selain itu juga, eyeliner pencil boleh dijadikan sebagai guideline untuk dapatkan finished yang helok terletak.

Dari segi ketahanan, eyeliner pencil bukan pilihan yang terbaik kerana kesannya yang tak tahan lama dan pudar selain itu mudah comot bila di pakai untuk seharian, bagi yang kuat berpeluh.


JENIS-JENIS EYELINER YANG PERLU DIKETAHUI ; FOR BEGINNERS

2. Liquid Eyeliner

Kalau korang rasa dah pro menggunakan eyeliner pencil, okey dah boleh naik pangkat sekarang. Pada pendapat aku lah, kepada golongan beginner liquid eyeliner sangat tak disarankan untuk penggunaan kali pertama melainkan kau memang berani dan cermat. Yes. I mean it! 

Bila sebut liquid secara automatically-nya otak sampaikan input cecair. Tekstur liquid yang pekat dan selalunya dipackagingkan di dalam bentuk tube tinggi. Direka berus applicator dibahagian penutup tube juga digunakan sebagai pemegang yang panjang. Berus applicator yang tirus dan tajam memudahkan teknik sekali tarik yang sempurna tanpa gumpalan tanpa comot (untuk pro)  dengan menggayakan teknik wing eye untuk kesan mata yang glamour dan berani.

Kebanyakan liquid eyeliner yang dijual adalah waterproof, sememangnya tahan lama walaupun dipakai seharian.


JENIS-JENIS EYELINER YANG PERLU DIKETAHUI ; FOR BEGINNERS
3. Liquid Eyeliner Pencil

Tak jauh beza sangat fungsinya dengan liquid eyeliner, cuma yang membezakan ia direka di dalam bentuk pencil. Mungkin penggunaannya lagi mudah tak kira dimana korang berada. Sesuai juga digunakan untuk teknik trim pada hujung mata. Agak kau nak gayakan garis mata tebal kau double je dengan pencil tu tak perlu lah nak celup brush macam liquid eyeliner. 

Pendek kata lebih banyak gaya boleh diaplikasikan 


JENIS-JENIS EYELINER YANG PERLU DIKETAHUI ; FOR BEGINNERS
4. Gel Eyeliner

Kebanyakan yang aku perasan golong pro atau MUA yang selalu gunakan gel eyeliner untuk makeupkan muka orang lain (customer). Dari segi packaging, dominonnya gel eyeliner tak sama macam eyeliner yang lain kerana ia dipack di dalam tiny (glass / plastic) bottle yang kecil dan memerlukan expandable brush. Agak leceh untuk daily makeup, mungkin sebab tu golongan MUA je yang menggunakannya.

Tekstur yang lebih likat dari liquid tetapi mudah diblend untuk solekan mata. Teknik solekan mata cat eye ataupun Korean style sesuai digayakan menggunakan gel eyeliner kerana hasil akhirnya akan nampak matte tidak berkilau. Sesuai juga untuk dijadikan guideline pada hujung mata sebelum menggunakan eyeliner berjenis liquid.

Bersifat tahan lama dan mudah kering.


JENIS-JENIS EYELINER YANG PERLU DIKETAHUI ; FOR BEGINNERS

5. Retractable Eyeliner

Kepada yang tak tahu apa itu retractable eyeliner, ia sama seperti pencil eyeliner cuma retractable eyeliner lebih praktikal, mudah dan cepat kerana jenis pencil yang boleh diputar pada pemegangnya. Selalu juga menjadi sasaran beginner tapi tahap acah amatur sebab kalau pakai jenis pencil eyeliner. Apokelasss ! Hihi.

Tekstur mata linernya sama seperti crayon dan boleh dilaras. Cuma bezanya dengan pencil eyeliner ia tidak perlu di asah kerana hujung matanya bersifat tumpul. Ini mengehadkan kepada beberapa teknik penggunaan sahaja untuk solekan mata. Retractable eyeliner juga dijual dengan pelbagai warna sama seperti pencil eyeliner kerana ia sangat sesuai dijadikan waterline. Yang selalu dicari adalah warna coklat dan putih.

Untuk ketahanan, retractable eyeliner tidak tahan lama. Ia bersifat mudah pudar kerana dari formula waterproof dan smudgeproof.

Extra : Tips Memakai Eyeliner yang Sesuai dengan Bentuk Mata

source : cosmopolitan.com

Till here, see you next entry. Bye !

12 comments

  1. Banyak jenis rupanya ye. Kak ana memang fail nk pakai eyeliner ni. Pernah cuba dulu tp bila fail sokmo give up terus. Sampai sekarang. Hehe

    ReplyDelete
  2. Akak pun xpakai eyeliner tak reti hihihi

    ReplyDelete
  3. wow ..akak pon suka jugak kalo makeup bab mata.. tapi nak pakai x reti sangat, biasa2 boleh lah hihi..

    ReplyDelete
  4. tried all of it but still xtau yg mana favorite. hhahaha

    hi jemput la join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html

    ReplyDelete
  5. cantiknyaa kalau kita tahu cara pakai eye liner yang betul kan :D

    ReplyDelete
  6. Yes. Akak baru tahu yang akak pakai namanya adalah Retractable Eyeliner. Akak pakai yang Silky Girl :)

    ReplyDelete
  7. Oh! banyak jenis rupanya.
    Jarang pakai eyeliner kalau pakai pun time event yang ada mua.

    ReplyDelete
  8. Mai suka jenis liquid-pencil tu. Mudah pakai. Style pulak of course wing-eyeliner, tpi sudahnya jadi macam Amy winehouse. Haha.

    ReplyDelete
  9. nice sharing ira.. <3 tp busyra tak reti nk pakai eyeliner. kalau pakai muka tak sesuai. haha

    ReplyDelete
  10. mek dah lame tk pkai eyeliner. hihi. tp masa guna dlu mek guna yg pencil.

    ReplyDelete

© IRAZULKEFFELE . Design by FCD.