PERIPERA INK LIP TINT REVIEW – AIRY VELVET VS CLOUD VELVET

15 February 2018

Hai.

Tak pasti samada korang pernah tahu atau tak dengan satu brand kecantikan dari korea, Peripera. Sebenarnya aku pun baru tahu selepas diperkenalkan oleh adik-adikku.

Nasib seorang adik yang dapat kakak macam aku yang serba “buta korea”. Ha ha ha.

Aku ingat brand cikai je rupanya antara brand dan produk familiar jugak sebaris dengan produk kecantikan korea yang lain. Sodih jadi aku 😅
Peripera Ink Lip Tint Review - Airy Velvet vs Cloud Velvet


Kata adikku, duta atau model untuk poduk Peripera ni Kim So Hyun. Korang kenal? Aku tak kenal. Dan dia pun tak kenal aku. Lulz.

Disebabkan kali pertama diperkenalkan dengan Peripera, aku rasa macam terlebih eksaited sikit nak share review tentang produk ni.

Tak tahu dari mana nak mula apa yang best dengan Peripera Ink Lip Tint ni, sebelum aku melalut lagi jauh.

Hmm. Okey, let's talk about it.

Peripera Ink Lip Tint Review - Airy Velvet vs Cloud Velvet
Packaging?

Unik. Perkataan pertama yang aku terdetik. Tengok la sendiri, nampak macam dropper bottle, sebenarnya tak pun. Korang tak perlu risau dan jangan nak overthinking jauh, macam mana nak drop ink tu atas bibir korang ke apa ke. Tint stick nya sama macam lip tint yang lain jugak.

Ink weight, 8g (0.28oz) something sesuai lah dengan kebesaran bottle yang tak berapa besar tu (besar ibu jari aku je), just nice to me dan sememangnya mudah nak dibawa ke mana. Sumbat dalam handbag . Settle.

Cuma bezanya, Airy Velvet bottle kita nampak macam kaca sebenarnya jenis opaque plastic bottle je. So memang boleh assumed berapa banyak sisa yang tinggal. Jika dibandingkan dengan Cloud Velvet bottle, jenis colored plastic bottle.

Peripera Ink Lip Tint Review - Airy Velvet vs Cloud Velvet

Tint stick brush antara duanya pun berbeza. Personally, aku lebih suka dengan tint stick brush dari Airy Velvet. Aku tak tahu macam mana nak terangkan tapi korang boleh rujuk dari gambar.

Airy Velvet brushnya sedikit condong dan melebar (aih tak nampak pulak) berbanding Cloud Velvet, brushnya tegak dan nipis.

Bila condong dan lebar, bagi aku senang nak apply pada bibir tanpa comot.

Korang faham ke tak apa yang aku cuba sampaikan ni. 😭

Peripera Ink Lip Tint Review - Airy Velvet vs Cloud Velvet

Ingredients? 

Disebabkan dikotak tertulis korea maka satu apa pun aku tak faham, except english la. So, untuk ingredients in Peripera Ink  korang boleh semak sendiri di skincarisma.com .

Gigih aku cari website yang boleh dirujuk. Takut jugak karang ntah pape bahan dia letak kita ni guna je.  Nasib baik google bagi kerjasama yang baik.

Dari website tu korang bukan je boleh semak bahan yang terkandung di dalam produk. Malahan boleh juga belajar tentang bahan yang sesuai atau tak dengan kulit mengikut skin concern masing-masing. 

Sangat recommended !

Back on track, aku tak nyatakan kat sini tau apa bahan dalam Peripera Ink sebab nanti entri ni akan jadi sangat panjang kalau aku nyatakan tiap satunya.

Cuma aku kasi summarize lah sikit untuk korang. Overall yang  terkandung  atau dikandungi (its sound mehh).

Both of product not free from paraben, sulfate and alcohol.

NOTES : 
EWG - ENVIRONMENTAL WORKING GROUP
CIR - COSMETIC INGREDIENT REVIEW 

Description of EWG

- - - HASIL GRAF ANALISIS KESELURUHAN - - -

Peripera Ink Lip Tint Review - Airy Velvet vs Cloud Velvet

👍 GOOD : airy selamat dan bagus untuk kulit yang sensitif kerana mengandungi Titanium Dioxide (as a UV protection)

Peripera Ink Lip Tint Review - Airy Velvet vs Cloud Velvet👍 GOOD :  kulit kering kerana mengandungi Glycerin yang berfungsi sebagai pelembap.

👎 BAD : jenis kulit berminyak kerana mengandungi Butyrospermum Parkii (Shea) Butter dan Prunus Amygdalus Dulcis yang akan block your pores.

Peripera Ink Lip Tint Review - Airy Velvet vs Cloud Velvet
Pure Apricot coral / code 3
Claims : wrapped your lips with light and comfortable textures as if the clouds sat down. Easily express gradient lips like cumulus clouds. 

Texture
creamy, and matte but not to thick macam matte yang lain


Scent
no scent at all (atau hidung aku tak dapat detect) 


Long lasting
Pigmented and smudge-proof
(tak perlu re-apply lepas makan dan minum, masih kekal)

Rating
★★★★

Peripera Ink Lip Tint Review - Airy Velvet vs Cloud Velvet
Glimpse Brick Brown / code 8
Claims : makes your lips a flower-like bloom with smooth and soft velvety touch. An airy weightless texture, but you can get bold color and moisture.

Texture
creamy, mouse and powdery yang ringan


Scent
It’s like a flower, sweetish floral-ish scent


Long lasting
Not at all. Kena re-apply selepas makan dan minum
(tapi masih perlukan makeup remover untuk clear all)

Rating
★★★★


Peripera Ink Lip Tint Review - Airy Velvet vs Cloud Velvet
Natural lighting in selfie (ahaks)

Perfect finished. Aku memang jatuh cinta dengan warnanya tapi dalam gambar nampak macam tak ada beza. Kalau ikutkan cloud lagi terang warna berbanding airy.

I prefer love Airy Velvet color

Bestnya jugak korang boleh mempelbagaikan cara penggunaan. Nak pakai tipis, tebal atau gaya yang sekarang trending, lip ombre guna dua tiga jenis code. 

Semua gaya tu korang akan dapatkan finished matte yang sweet and nice.
Peripera Ink Lip Tint Review - Airy Velvet vs Cloud Velvet

Self defense - Pros :
Bibir rasa ringan (macam tak pakai pape).
Bibir tak kering dan berkuping (hydrated cantik je)
Natural look bila dipakai nipis (dap dap je sikit)
Warna yang tak terlalu menonjol
Matte (velvety) finish yang cantik

Self defense - Cons :
Terasa pedih bila dioles pada bibir yang dehydrated

Kalau berminat, korang boleh pergi usha online website (Hermo, Althea, Watson, Shoppe, Lazada). Harga korang pandai-pandai survey sendiri ye, sebab setiap website harga mark up dorang berbeza. Nak jimat kena rajin survey sikit. Goodluck !


Disclaimer :  This is my honest review (based on my skin, it may not works on you skin). No paid review, all product mentions are bought with my own money. 

6 comments

  1. geram tgk barang peripera ni, comel sgt tapi harga dia buat kte pikir banyak kali bila nak beli..hihi

    ReplyDelete
  2. comel tp ray xleh pakai lip tint

    ReplyDelete
  3. Both color cantik. Kena dengan kulit ira. Botol dia bukan main comel. Geram tgk. But both not free paraben and alcohol ye?

    ReplyDelete
  4. lawa jugakkk kaler dia dah lah packagingg dia cecomel je tngok :D

    ReplyDelete
  5. cantik lah warna diaaa.. warna memukau .. hehe. comel dua2.

    ReplyDelete

© IRAZULKEFFELE . Design by FCD.