REVIEW | NU TEEN ANTI-ACNE GEL : I HATE PIMPLES!

9 January 2018

Hai uolls.

Sejak muka dah barai setahun lepas memang aku teliti dan cerewet bab jaga muka. Breakout sikit-sikit takpe ni dia datang bawa geng dahtu berani pulak tinggal tapak pasar (acne scars and blemishes) dengan meriah riang ria raya. Memang kurang diajarlah namanya. Aku ikhtiar bermacam cara nak dapatkan balik muka yang 'clear'. Sekarang dalam proses pemulihan - positif, jaga muka kemain taknak kasi jerawat beranak-pinak. Sejak tu jugak aku memberanikan diri untuk cuba acne-tratement yang pastinya produk yakin selamat dari drugstore.

The product is tadaaa.. NuTeen anti-acne gel (biarlah korang memang dah sedia tahu tapi nak jugak aku bagitau).

Claims 
Contract and dried pimples effectively
Provides anti bacterial functions
Helps lighten pimple scars

Ingredients

Malas nak re-type punya pasal hihi

Direction of useApply 3 - 4 times daily on the affected areas only.



Scents 
Really love it, very mild scent. That smell just like honey or tea (i think so too). 


Consistency/Texture
It's very gel-like (light yellowish-brown), become soft and sticky. Feels soothing when applied on face.



Packaging
  • Come into a small and long tube packaging (senang nak bawa jalan sorok dalam purse/handbag je settle).
  • The opening is hygienic, just squeezing ever so slightly.
  • Minimalist and simple.

My trial period and how I use

Melalui percubaan aku selama 3 bulan pertama, keberkesanan NuTeen acne-gel kepada masalah jerawat aku yang timbul ada beza-beza. Mungkin yang mana belum tahu fakta (aku pun baru tahu) jerawat ni banyak kategori pecahan. Selama ni aku duk ingat jerawat is jerawat lah. Seketui nama tu aje. WRONG!


Sumber : twitter Dr. Aris Fadzillah

Dapat tak apa point yang aku cuba nak sampaikan dari infografik di atas. Jerawat terjadi disebabkan sebum (kelenjar minyak) yang berlebihan dalam kulit muka dan bercampur dengan sel kulit mati yang menyebabkan pori tersumbat maka terhasillah Miss J. Apa bezanya antara jerawat papule, pustule, nodule, cyst. Aku akan cuba terangkan mengikut kefahaman aku. Cuma sampai sekarang aku masih terfikir blackhead dan whitehead termasuk kategori jerawat kah ? Anyone help me.

Let's get this discussion started!

PAPULE aku gelarkan JBNU (jerawat baru nak up). Comelkan nama aku bagi hihi. Bila masa kita boleh nak bencinta dengan papule ni bila kita dah terperasan ada sesuatu bonjolan kecil dan merah yang datang singgah tanpa dijemput. Jerawat ‘Papule’ lebih kurang macam bintat kesan gigitan nyamuk je gayanya.

My skin trials : berkesan tapi ambil masa 3-4 hari untuk jerawat ‘papule’ kecut.


PUSTULE sama seperti ‘papule’, ia berbonjol kecil dan merah. Cuma bezanya ‘pustule’ adalah jerawat yang bermata atau bernanah halus dihujung bonjolan. Meleis panggil “jerawat masak”  atau “jerawat pasir”.


My skin trials : sangat berkesan. Kesan paling cepat boleh dilihat dalam masa 24 jam, jerawat cepat kecut dan kering. Kesan bonjol jerawat surut pun nampak pudar.


NODULE atau dikenali jerawat batu, kerana bengkak besar dari dalam kulit yang menyebabkan sangat sakit bila disentuh atau TER-sentuh. Sejenis jerawat yang memang akan cari gaduh dan mampu mengubah mood sehari seseorang. 


My skin trials : 5 -7 hari untuk kecut, tapi effect soothing dia aku suka bila kita re-apply.


CYST sama seperti ‘nodule’ bezanya ‘cyst’ lagi extreme kerana bengkak besar dan nanah yang akan meninggalkan kesan parut termasuk dalam satu pakej lengkap. 


My skin trials : no experience.


Selalunya setiap pagi sebelum muka bertempek dengan benda lain dan malam sebelum masuk tidur first I will make sure apply dulu NuTeen acne-gel on the affected areas then follow that other proper skin care routine (akan aku cuba kongsi di lain entri). Aku juga akan re-apply je bila rasa perlu lebih 3-4 kali sehari (break rules) 😜


Recommend 
Personally. YES, untuk golongan jerawat yang datang singgah "manja-manja" but, a big NO untuk jerawat yang jenis hardcore sebab mungkin akan mengambil masa yang sangat lama untuk nampak kesan.


Where to buy : In-store / online drugstore - Watson, Guardian, Pharmacy


Price : RM 14.20 (NP) *Kena rajin survey, Watson / Guardian selalu ada discount pricing.


Purchased : Hmmm, maybe I will. LOL.

Ps: Not paid review. Ini cumalah pandangan peribadi (experimentation) ke atas kulit muka aku sendiri, mungkin lain jenis kulit lain kesannya. Yang penting positif bila masuk bab kecantikkan sebab kesabaran yang tinggi sangat diperlukan. Lagi stress lagi jerawat suka berdamping (hard self-reminder too). Beauty is pain. Beauty with brain.

Till see you next entry.

Wait! Let me know what is your current favourite acne-fighting product?


Disclaimer :  This is my honest review based on my skin, it may not works on you skin. I spend my own money, no paid review.

14 comments

  1. Berkurun kak ana tak guna pimple acne gel ni ira. Masa umur2 ira rajin lah jaga muka. Guna oxy je masa tu. Skrg jerawat pun kurang dah. Tua dah kot jerawat pun segan nak naik. Hehe. Kalau ada seketul dua je. Kak ana biarkan je lah. Bajet pemanis wajah gitu. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Masa 20an dulu ira malas tak se-detail dan setilik sekarang kak,itu yg jadi breakout teruk jaga memain je. Dah masuk 20an ++ ni baru timbul kesedaran 😂

      Delete
  2. Aduh stressnya banyak jerawat jenis nodule ni T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nodule memang azab. Kalau ira sebab nodule boleh bawa gaduh huhu

      Delete
  3. wah harga tak mahal sangat pun, i thought mahal. mungkin boleh cuba jugak ni, nak melawan miss J yang halus mulus :'D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ira pun ingat mahal. Was was jugak memula nak cuba tapi bila baca review ramai kata positif itu yang sama terpengaruh ni haha

      Delete
  4. Selama ni pakai t3 je.. pernah pakai oxy, tak berkesan sgt.. huhu

    ReplyDelete
  5. macam best je kalau berkesan. boleh cuba beli untuk simpanan bunuh jerawat degil

    ReplyDelete
  6. menarik lah! nama pun dh teruja tngok.. btw first time tau produk ni.. nice sharing dear!

    ReplyDelete
  7. Thank you for such a nice article. I will link back from my blog to your article.
    I would like to add a point as well. Cystic acne could be caused with a buildup
    of bacteria in nice hair follicles.

    ReplyDelete
  8. Dulu i tak guna Nuteen ni sebab ad Triclosan which is not good to our skin. But after dia tukar packaging dah x ada triclosan tu dekat ingredients list i dont know kalau dia dah tukar formulation ke apa. Tapi bagus la

    ReplyDelete
  9. If bekas jerawat like hole. Just a small hole etc 😅 that called bekas jerawat boleh pakai ke anti acne? Working?

    ReplyDelete

© IRAZULKEFFELE . Design by FCD.