MY TWO-ZERO-ONE-SEVEN RECAP

1 January 2018



01.01.2018.

Dah new year ke harini.

Tak adalah new year sangat pun sebenarnya bagi aku sebab hari-hari sama je rutinnya tak ada yang berubah hihi. Untuk halaman pertama blogpost tahun baru ni suka untuk aku recall balik apa peristiwa yang dah pun berlaku dengan jaya dan tidak jayanya dalam hidup aku sepanjang 2017 (walaupun dah nak masuk 24 jam untuk tahun baru). Ada aku kesah? Yang penting nanti dalam masa 10 tahun akan datang boleh buat hastag “campak belakang” untuk blogspot ni itupun kalau masih panjang umur.

What's happening?


2017 tahun aku CUBA berjimat cermat dan dengan bangga nak bagitahu aku berjaya buat satu tabung syiling. Rules-nya, tiap kali ada baki syiling aku haramkan diri aku untuk guna. Ingat senang ke nak ikut rule yang aku buat sendiri? Hasilnya aku berjaya kumpulkan untuk satu tahun walaupun jumlahnya tak seberapa (dah selamat simpan pun dalam akaun TH biar dia beranak-pinak dalam tu pulak). Bak kata pepatah biar sikit lama-lama membukit jadinya aku puas hati sangat sebab aku berjaya sahut cabaran diri sendiri. 2018 nak torai buat tabung hijau pulak. Doakan aku berjaya !

Dalam duk berjimat cermat pun dugaan memang tak lari lah sebab aku terpaksa pejam mata je keluarkan duit simpanan aku untuk beli phone baru selepas 4 tahun setia dengan phone yang lama dan banyak baktinya pada aku. Tak tahu weh nak sedih ke gembira.

Dan yang paling penting. Syukur. Masih diberikan nikmat hidup dan masih tersenyum bahagia bersama orang-orang yang aku sayang dan yang sayangkan aku. Eh !


Dah capai umur matang satu tahun berkhidmat. Masih lagi di syarikat yang sama dengan jawatan yang sama dan gaji yang sama. Pengkhususan skop kerja pada mulanya sangat luar bidang kuasa aku tapi sekarang aku dah cekap untuk selesaikan masalah sendiri berbanding awal kemasukan aku dulu yang banyak bergantung dengan supervisor. Perasaan bila tiap kali bangun pagi nak bersiap pergi kerja tiap hari rasa nak menangis je. Sekarang dah okey sikit kot dah jadi multitasking person lagi. Pheww.

Since I have a LOVE-HATE relationship with my current job (actually with the environment). Banyak aku cuba nasib apply kerja lain dan bukan aku tak pernah dapat panggilan temuduga untuk jawatan yang lebih sesuai dengan kelayakan aku cuma rezeki tak berpihak pada aku. Mungkin sedang menunggu di tahun 2018?

Apapun alhamdulillah atas semua rezeki dan nikmat-Nya.


Bermula dengan berangan akhirnya menjadi nyata. Aku suka pantai aku suka laut aku suka hutan. Siapa yang kenal aku memang sangat kenal perangai aku yang suka “merancang” tanpa halatuju pun. Terkadang aku suka keluarkan idea yang tak masuk akal takpun bersemangat lebih untuk plan sesuatu trip baik dengan kawan mahupun keluarga. Tapi itulah, aku merancang Tuhan pun merancang. Akhirnya banyak yang tak jadi dari jadinya HAHAHA. 

Jangan tak percaya dalam berangan aku pun,dua kepulauan dalam Terengganu, Pulau Perhentian dan Pulau Lang Tengah sudah berjaya aku jejak untuk tahun 2017. Rezeki pulak aku ke Lang Tengah all cost under company. Free bohh. Syiok meh.

Lain-lain tempat yang aku pergi yang not really "short-break". Kuala Lumpur dan Banting, Selangor.

So, next trip please? 😆


Tahun yang sebelum-sebelumnya blog ni wujud kerana syok sendiri je belum ada kesedaran yang luas tentang pageview lah follower apa semua tapi sekarang berkembangan yang sangat ketara yang aku boleh nampak adalah PV yang naik mencanang. Ingat lagi awal tahun 2017 hanya timbul tiga angka je bila tengok dekat stats sekarang alhamdulillah dah wujud enam angka. Berjuta terima kasih aku ucapkan kepada yang sudi datang berkunjung. Satu pencapaian bagi aku walaupun update entri sebulan sekali kahkah.

Oleh sebab pencapaian yang satu tu aku jadi bersemangat nak terus hidupkan sebuah blog yang masih sendu dengan entrinya dan aku hadiahkan sebuah template berbayar untuknya. Hm dikira hadiah blog ke self-reward eh? Okey aku kira dua dua valid lah.

Nak nampak lebih lagi kewujudan aku dalam dunia blog, aku dengan relanya pun mendaftarkan diri sebagai Ahli Kelab Blogger Pantai Timur. Huyooo! Serius tahap tak main-main dah ni. 

Ada sesiapa yang berminat nak sertai team BPT jugak tak? Baca syaratnya meh (ehemm ter-promote pulak ngee).

Sejujurnya, aku seronok weh dapat berkenalan berkawan dengan ramai blogger yang serba boleh tak lokek ilmu tak sombong pendapat. Howaaa thanks sister brader. 



Kesimpulan ringkas untuk tahun 2017. Banyak cerita gembira dari sedihnya. Alhamdulillah, syukur.

Moga yang baik-baik saja untuk kita semua. Inshaa-Allah 💋

10 comments

  1. Alhamdulillah banyak nampaknya yg tercapai utk thn 2017 tu ira. Kak ana doakan semoga tahun 2018 ni ira lagi lebih berjaya dan tercapai segala yang dihajati. InsyaAllah. ❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahumma-aamiin. Moga doa tu akan kembali pada kak ana jugak 😘

      Delete
  2. Tahniah Ira berjaya simpan duit syiling tahun lepas. Good luck tau dalam buat tabung hijau pulak this year :)

    Semoga Ira dapat kerja yang diimpikan nanti. Semoga murah rezeki Ira <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nervous sebenarnya takut tak jadi hahaha.

      Thankyou akak. Moga murah rezeki untuk kak siqah jugak. InsyaaAllah aamiin 😘

      Delete
  3. Happy new year, Ira.. May 2018 be a blast year for you.. :3
    ps: pernah try tabung hijau, fail.. hhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Nesz. You too dear ❤

      Haaa takut jugak ni tak menjadi huhuhu pls wish me luck 😅

      Delete
  4. bestnya team BPT. kalau busyra area sana dh lama join msuk team ni. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak. Takpe Busyra walaupun bukan team BPT kita tetap team blogger sehati sejiwa gitew hehe

      Delete

© IRAZULKEFFELE . Design by FCD.