KAYLIZ GRANOLA OAT | RESEPI KRUNCHY GRANOLA BARS

21 January 2018

KAYLIZ GRANOLA OAT | RESEPI KRUNCHY  BARS

Terasa diri ini dah lama tak bersilat dengan rubber spatula sambil tadah telinga dengar bunyi baker mixer memekak. Hari ini saja aku nak kongsikan satu resepi sihat yang ringkas, cepat dan mudah, tapi untuk kali ni aku tak perlukan bantuan barang yang ku seru tadi. Nama lagi resepi ringkas dan mudah. Lagi mudah kerja bila semua bahan yang aku gunakan tu boleh dapat dalam satu paket Kayliz Granola Oat.

Kejap ! Korang mesti tertanya "apemende tuh" ? Sebelum tu mari sini aku perjelaskan.

KAYLIZ GRANOLA OAT | RESEPI KRUNCHY  BARS

Kayliz Granola Oat

Granola adalah makanan campuran yang terdiri dari rolled oat, biji-bijian, buah kering dan madu. Dibuat dari biji oat yang dikeringkan dan dipanggang sehingga menghasilkan tekstur yang krunchy. Kekacang juga selalunya ditambah bersama ke dalam produk granola. Sekali sebut bunyi macam gorila. Eh ! Jangan salah sebut pulak ye hakak habang hihi.

Bahan yang dirumuskan dalam menghasilkan Kayliz Granola Oat bukan bahan biasa-biasa khasiatnya, diperbuat daripada oat, keledek ungu (sweet potato), chia seed dan madu.  Setiap satu bahan semestinya ada kelebihan dan khasiat yang tersendiri untuk kebaikan ramai orang.

Oat 
Mengandungi beta–glucan yang  mampu mengawal hormon rasa lapar dan membuatkan korang akan berasa kenyang lebih lama.

Keledek Ungu (sweet potato)
Terdapat satu zat yang berguna sebagai antioksidan yang melindungi tubuh dari kerosakan hati dan menghindari dari terkena serangan jantung dan stroks.

Madu 
Digunakan sebagai gantian gula. Mampu mengawal kadar gula dalam darah dan dapat menurunkan risiko dari penyakit diabetis.

Chia seed 
Mengandungi vitamin A, B12, C juga kalori dan kabohidrat yang baik untuk tenaga dan stamina. Malahan juga, sangat baik untuk ketahanan sistem imunisasi tubuh.

KAYLIZ GRANOLA OAT | RESEPI KRUNCHY GRANOLA BARS

Yang penting specialnya dengan produk Kayliz ni bahan yang digunakan adalah bebas daripada sebarang bahan pengawet, perasa tiruan dan gula tambahan. Kandungan gula dalam hidangannya pun terkawal. Dengan senang hati, ibu bapa tak perlu risau jadikan Kayliz snek kudap-kudapan sihat untuk anak-anak. Bukan budak je suka mak bapak atok nenek budak pun join sekaki.

Pendek cerita Kayliz Granola Oat sesuai untuk hidangan seisi keluarga 👪

Cadangan Hidangan

Secara peribadinya, Kayliz Granola Oat dah sedap jika di makan begitu saja sebagai snek kudapan.  Memang leka kalau menyambil sedar-sedar je dah separuh, tapi disebabkan saiz teksturnya yang kecil bila di makan banyak jatuh dari masuk mulut huhu. Itu yang terfikir nak me-resepi-kan menjadi granola bars. Potong nipis simpan dalam bekas siap-siap letak depan tv tetiba bekas dah hilang. Eh !

RESEPI KRUNCHY GRANOLA BARS

KAYLIZ GRANOLA OAT | RESEPI KRUNCHY  BARS

Bahan-bahan :

2 cwn Kayliz Granola Oat

½ cwn madu

½ cwn mentega (yang dicairkan) 

2 sb gula perang – optional (untuk dapatkan some chewy)

Cara buat :

1. Sekalikan madu, mentega, gula perang dalam periuk dan cairkan di atas api yang sederhana.

2. Kacau sehingga gula perang cair likat bersama madu dan mentega.

3. Tutup api dan masukkan Kayliz Oat ke dalam periuk, gaul rata hingga semuanya bersalut sempurna.

4. Sediakan loyang bentuk segi empat tepat ukuran 3 X 10 inc beralaskan kertas kek (untuk memudahkan krunchy bars ditarik keluar dari loyang) dan mampatkan menggunakan sudu.

5. Krunchy bars di potong semasa panas kemudian sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Siap.

Ps: ketebalan bars ikut citarasa loyang masing-masing ye. Selamat mencuba !


KAYLIZ GRANOLA OAT | RESEPI KRUNCHY GRANOLA BARS

Selain itu jugak korang boleh campurkan bersama susu atau yogurt yang sejuk ditambah pulak dengan bahan tambahan seperti kurma, kismis, kepingan badam, buah beri, kiwi, pisang atau apa-apa jelah yang korang suka. Memang pehhh !

Nak tahu macam mana sedap dan krunchynya granola oat ni dimakan bersama susu, meh tengok testimoni Kayliz Granola Oat  dari sis kita sorang ni. Check it out !

Mungkin ada sesetengah orang yang tak serasi dengan susu atau yogurt. Jangan bimbang, korang boleh cuba makan bersama roti yang bersalut choco / nutella sebagai sarapan ringkas mahupun supper (makan tengah malam). Yelah, takkan tiap kali lapar tengah malam asyik nak hadap maggi je. Tak berkhasiat langsung 😜

Dengan mengambil Kayliz Granola Oat, 30 minit ke 1 jam sebelum bekerja mampu meningkatkan prestasi kerja dan dapat membekalkan tenaga untuk badan.

Rupanya granola dah lama wujud di negara-negara eropah dan amerika. Kita kat Malaysia je sedikit ketinggalan tapi tak perlu ye sampai nak terbang ke sana, sekarang dah ada yang jual, boleh beli je dengan Care Liz Recources. Dengar cerita tengah ada harga promosi. Haaa siapa cepat dia dapat.

Untuk informasi dan keterangan yang lebih lanjut atau nak order Kayliz Granola Oat, korang boleh je cari atau berhubung dengan team mereka melalui

Facebook
www.facebook.com/KaylizHQ/

Whatsapp
011-1090 6902 @ 019-6255 010

Personally, sangat recommend untuk korang beli dan rasa. Adik aku siap suruh repeat order nak buat stock dekat asrama dia. Sekali ngap tak berhenti cari wehh 👍

21 comments

  1. Rajinnya ira buat crunchy grannola bar 😍

    Kreatif sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum tengok mood malasnya kak hehehe

      Delete
  2. Wahhhh ni antara snek sihat yg boleh dimakan tanpa perlu risau gemuk. Sedap dan crunchy. Lawa gambar2 ira. Suka kak ana tgk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak, makan ni saja dah boleh kenyang :)

      Alamak malu titeww haha. Terima kasih kak Ana 😘

      Delete
  3. wahhh ira terbaik punya resepi...

    ReplyDelete
  4. wah kreatifnya ira wat macam ni. nanti beli lagi boleh cuba ressepi ni lak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayyy. Ira ingat pun nak repeat order sedap sangat 😋

      Delete
  5. rajinnya ira buat bars...nk buat jgk laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom buat sama. Lepastu akak share dekat ira sikit ye hehe

      Delete
  6. nampak sedapnya tu..krup krap krup krap makan sambil tengok movie.

    ReplyDelete
  7. ehh menarik la ira! tngk blogger lain makan dgn susu.. tp ira buat ni nmpak sedap jgk! plis pos dkt sini. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila makan dengan susu ada rasa sikit sama macam cereal yang selalu budak2 suka tu hehe. Pos? Alamak ! Dah selamat jadi khazanah alam lah hahahaha

      Delete
  8. Sedapnyaa tengok..Mai tak pernah rasa lagi...

    ReplyDelete
  9. kreatif !
    dan memang ini sangat sedap.

    ReplyDelete

© IRAZULKEFFELE . Design by FCD.