SISCATION DI PULAU PERHENTIAN | PART I : DUGAAN

14 December 2017


Walaupun orang kata “cerita dah basi” sebab sudah berlalu pergi dibawa angin berbulan lamanya. Ditambah pulak dengan masalah phone aku yang rosak itu hari, gambar pun banyak hilang tanpa jejak la alkisahnya (padan muka siapa suruh tangguh entri). Jadi sebagai penutup cerita 2017 dan pembuka bicara 2018. Pelan-pelan kayuh aku nekad untuk habiskan entri ber-episod ni sebelum sel sel otak aku overcome freezing.

Sebenarnya zaman belajar dulu (time tengah stress gilagila dengan assignment lab test) aku ada pasang angan konon lah nak buat SIS VACATION atau lebih kepada re-united dengan budak-budak rumah seramai 11 orang after grad or something. Orang yang selalu beria sokong dan setuju dan terlebih semangat dengan idea-idea gila aku, Tikah. Terima kasih kawan 😘

Pulau Perhentian adalah destinasi pertama yang dipilih dan dipersetujui "enam budak rumah" (tak semua yang boleh pergi pun). Plan yang paling asal kitorang nak backpack je sebab kononnya nak cut cost tapi bila difikirkan nak main redah ke sana dengan tak ada pengalaman satu apa bercuti dalam pulau. Mau nanti kena tipu kaw kaw. Bincang punya bincang. Cari punya cari jumpa satu "crew" ni dalam instagram yang menyediakan pakej di Perhentian. Bagi aku marketing dorang memang superb sampai kitorang pun sama naik terpengaruh.

Pakej mana? Aku tak nak cerita kat sini tapi kalau sabar tunggu part yang seterusnya baru aku akan kongsikan. Nak lagi detail tunggu sampai last part. Hehe



Dugaan percutian kitorang bermula dari sini. Since dah jumpa pakej yang kitorang nak pergi, Tikah dengan sukarela ambil tugas untuk berurusan dengan crew mereka. Nampak tak semangat kat situ? Tak silap aku lah kitorang dah plan dari penghujung tahun 2016, tak pun awal tahun 2017. KOT!

Nak dijadikan cerita. tengah seronok kitorang merancang ada cerita best dan tak bestnya pulak. Yang bestnya, ada di antara kitorang masa tu dah dapat panggilan untuk second intake degree. Alhamdulillah untuk dia. Yang tak best, hari daftar dia adalah dalam masa minggu yang sama dengan plan percutian kitorang. Seriously agak kuciwa bila sorang sorang tarik diri.

Sebab dah deal sakan dengan team dorang, aku dan Tikah tetap teruskan je kalau berdua sekalipun berdua lah. Finalize? Aku, Tikah dan Amni yang BETUL-BETUL FREE.



Next step, booking tarikh. Lepas tengok jadual memasing (especially Tikah sebab dia tengah habiskan PPI "pre-degree" that time). Okey dah dapat tarikh. Deal. Bayar booking. Selesai. Lega.

Tak habis kat situ, dugaan datang lagi. Dan dan je pulak tarikh yang kitorang pilih tu semua bilik full booking. Kena postpone. Cari tarikh baru pulak. Masalah lagi. Blurghhhhh !

Lepas duk main tarik tali, bersinetron sikit dengan brader Gebeng yang incharge kitorang tu akhirnya dah jumpa kata putus (jangan tanya aku kenapa nama dia Gebeng). Nasib lah tak kena hamun je sebab bermacam kerenah sangat. Bila dah confirmkan tarikh dan kekosongan bilik kira ni last deal kitorang lah. Dua minggu sebelum nak dekat hari kejadian, kitorang settle semua payment.

Yeayy. FINALLY PULAU PERHENTIAN TO GO ~



Eh jap jangan nak seronok sangat dulu. Ada lagi masalah sebenarnya. Macam mana kitorang nak sampai ke Kuala Besut?

Nak cakap dugaan kali ini kelakar pun ada sedih pun iya. Sebabnya?

Masalah pertama : kitorang kena sampai kat Jeti Kuala Besut sebelum 8.30 pagi sebab bot akan gerak masuk pulau jam 9 pagi.

Masalah kedua : aku ambil tugas untuk survey tiket online, sekadar survey waktu perjalanan bas. Tiket dari Kuala Terengganu ke Kuala Besut aku jumpa yang paling awal jam 5 pagi (kalau tak salah). Kira okey lah tu aku fikir sebab boleh sampai awal dari waktu sepatutnya.

Masalah ketiga : Bila tanya kaunter tiket pulak, dorang bagitahu tak ada jual tiket awal pagi sebab tak pernah ada orang yang jaga kaunter pagi.

PULAK !

Bas "lompat" ada je nak ke Kuala Besut tapi jam 6 pagi baru bergerak. Itu belum masuk cerita bab janji melayu dahtu nanti berhenti ambik penumpang lagi. So nak tahu apa yang kitorang buat. Okey, janji jangan gelak.


Pertama kali dalam hidup buat kerja haremjadah sebabnya berurusan dengan “ulat tiket”. Tebal muka mengemis depan kaunter tanya macam mana kitorang boleh nak sampai ke sana awal pagi jugak. Taptuptap dapatlah contact dengan brader ulat tu, dia bagitahu ada bas yang nak ke Kuala Besut jam 3 pagi.

TIGA PAGI PUN TIGA PAGI LAH JANJI BOLEH SAMPAI 🤦

Bergeraklah kami ke Kuala Besut dengan muka selebek, mengantuk, teruja dan yang paling penting dah mampu tarik nafas lega-selega-leganya. Bermacam perasaan weh. Sampai je Kuala Besut kitorang kena turun dan ditinggalkan di tepi jalan. Rasanya naik tumpang bas yang nak ke Kota Bharu kot.

Terpaksa menapak mencari surau yang berdekatan untuk selesaikan yang wajib dan bersihkan diri. Nasib kitorang baik, alhamdulillah, sebab ada sorang pakcik ni yang tawarkan diri nak tolong hantarkan. Suraunya tak jauh pun tapi kalau nak berjalan rasanya dalam 10-15 minit jugak.

Dah selesai semua dalam jam 8 pagi macam tu Noor (classmate diploma Tikah) yang hantar kami ke Jeti Kuala Besut sebab dia orang Besut.

Terima kasih banyak Noor dan pakcik tumpang yang tak tahu nama. Semoga tuhan saja mampu balas saja baik korang 😭


06 April 2017, akhirnya impian kami untuk menjejakkan kaki di deburan pasir memutih Perhentian tercapai. Nak bercuti punya pasal, onak duri jalan berliku sanggup ku redah. KONON ! Syukur sebab berjaya jugak sampai Perhentian walaupun tak seseronok expection aku. Huhu.

Iyelah mana aku tak frust, memula plan bukan main ramai dan bersemangat. Sudahnya muka tiga ketul ni je yang confirm. Nak salahkan dorang yang lain tak jugak dah memang perkara yang tak dapat nak dielakkan. Takkan aku nak penting diri pulak. Sis redha !


Terima kasih sudi baca. Jangan lupa follow part yang seterusnya dengan lagi banyak drama dan ragamnya okey?

  • SISCATION DI PULAU PERHENTIAN | PART I : DUGAAN
  • SISCATION DI PULAU PERHENTIAN | PART II : ITINERARY
  • SISCATION DI PULAU PERHENTIAN | PART III : SNORKELING
  • SISCATION DI PULAU PERHENTIAN | PART IV : WINDMILL
  • SISCATION DI PULAU PERHENTIAN | PART V : TIPS, PAKEJ & BAJET


Till next entry.

28 comments

  1. Kak ayu orang besut pun tak penah sampai ke pulau perhentian ni heehhee.

    ReplyDelete
  2. bestnya pergi bercuti dekat sana. Belum pernah jejak lagi pulau perhentian ni. Next year kot :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa sila jejak ye next year. Sekali sekala self-reward :D

      Delete
  3. bestnya ira... salah satu tempat yg dh lama akak nk pg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhh kak kena plan percutiaan nampaknya, bawa budak-budak tu mesti seronok hehe

      Delete
  4. Perhentian best.. tapi jauhh sikit naik bot.. Husniey serik terhempak hempak duk dalam bot.. Seramm 😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha memang terhempak-hempak pun kak nasib tak terbang je. Ira rasa time nak pergi je jauh balik sekejap pulak isk3

      Delete
  5. Nasib baik tak naik bas lompat tu sbb lama sgt nak sampai. Its okay la akhirnya berjaya sampai Perhentian. Tak sabar nak tunggu next entry!!

    ☆ Atheera ☆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aihh memang idok lerr nanti terlompat-lompat kitorang sebab kena tinggal bot hehe

      Delete
  6. Nampak mcm dekat perhentian kecil ke tu. Kak ana fobia lg naik water taxi kat sana sebab masa tu bawa syafi tak pakai life jacket. Ombak kuat giler mcm nk terbalik bot kecik tu. Huhu. Tp rindu dgn pulau cantik tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kat perhentian kecil, pandai akak hehe.

      Uishh bahayanya Syafi tak pakai life jacket, dorang tak sediakan untuk budak ke? Sepatutnya kena ada la iskk

      Delete
  7. Kita fokus baca tapi part abg ulat tu kita gelak.. 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa apeni Nesz kan dah janji jangan gelak 😭

      Delete
  8. Kak ekin pernah sampai besut rasa masa aboh akak nak pergi hantar tender sekolah.. Akak ikut sekali sbb kerani dia hahahaha.. Sempat la g jaln2 besut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatut kena minta upah dengan abah akak nak pergi perhentian time tu haha

      Delete
  9. alaa dah lama nak ke perhentian, jeti dekat je dengan rumah tapi tak sampai2. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Plan la awak pergi sekali, alang dah dekat tu jimat kos lagi hehe. Best!!

      Delete
  10. ada dlm perancangan nak ke pulau perhentian ni thn dpn.

    ReplyDelete
  11. bestnya! cam beselah tu,kmi lg la plan2 sorg pun x tunjuk muka..hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Aduh bab tak tunjuk muka tu lagi dasyat dan sedih

      Delete
  12. Ni salah satu tempat yang akak nak pergi. Biasa da tu kan kalo awal2 plan ramai yang leh g,last2 minit ade je hal.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul last minute plan jugak yang menjadi hahaha

      Delete
  13. Teringin jugak nak kesana tapi kena plan betul-betul la karang tak jadi pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau plan plan tak jadi Kak Tie marah je hehehe

      Delete
  14. Ira buat akak rindu Perhentian 😍 Perhentian cantik dan happening. Hihi. Penuh ranjau berliku perjalanan Ira ke Perhentian, pasti terubat melihat keindahan Perhentian, kan 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe hee. Kalau tengok balik gambar memang rindu kak. Tapi kalau ingat balik gambar yang hilang nak nangis berlagu rasanya 😐

      Delete

© IRAZULKEFFELE . Design by FCD.