REVIEW SAMSUNG J5 PRO ; CAMERA PRIORITY !

4 November 2017

Entri sebelum ni aku ada up cerita RIP SONY Z1 COMPACT. Harini selepas sebulan aku bercinta dan mencari serasi bersama (ayat harus wow) aku memperkenalkan Baby S baru aku. Bukan baby shark doo doo doo. Baby Samsung J5 Pro, alaaa yang iklan kat tv tu.

“Tok, saya dah sedia nak tangkap telefon.”

“Eh kita dekat kedai Samsung sekarang ni tok”

Motif sangat haa. Aku fikir macam ntah pape modus operandi iklan tu. LOL! 😅

Mukadimah. Perancangan asal aku memang lah nak angkat phone baru tapi ingat sempat tunggu sampai penghujung tahun. Tak sangka boleh ter-awal tiga bulan pulak memandangkan Sony aku memang dah boleh diklasifikasikan hidup segan mati takmau nyawanya sebelum ni. Nak taknak terpaksa jugak beli bila dia meng-arwah-kan diri secepat tu.

Almaklum sekarang semua perkara nak bergantung dengan phone. Agak terseksa jiwa jugak lah bila hidup tanpa phone oi uhuk.



Sebelum ni aku dah ada survey dua tiga jenis model lain tidak termasuk J5 Pro. Diulang lagi sekali. TIDAK. Memang perangai sejak azali, benda pertama yang aku akan tengok dulu bila nak beli phone is image quality. Aku akan compare dulu dua tiga empat jenis phone yang aku berkenan tu dengan ambil kira camera megapixel, lower light scenarios as well or not, decent autofocus and others lah. Yang paling penting sesuai dengan bajet poket aku. Itu sebenarnya yang aku cari hihi. Kalau ikutkan kehendak ni memang tak pernah nak cukup weh.

Aku pun ada minta pendapat kawan aku yang kalau bab spefikasi gadjet ni dia memang pro. Papehal memang boleh rujuk dia lah. Dia jugak yang pengaruhi aku ni. So meh nak share, apa penemuan aku yang best dengan Baby S baru aku?

Jangan risau pasal gambar "pecah" bila selfie atau photography kerana dari segi kamera megapixel.
13MP rear camera, 4160 x 3120 px
dan 13MP front camera,
flash LED

1 : 1 ( 9.5 M )



Korang boleh tentukan sendiri saiz gambar. Contohnya nak fix gambar untuk instagram boleh pilih nisbah 1:1 so tak payah nak gigih crop bagai. Snap snap terus share. 


Excuase my conteng-conteng sebab nampak aureeeeeet

Kamera Samsung  J5 Pro juga dilengkapi dengan autofocus. Boleh tengok lah fokus yang jelas dan sharp pada objek, blur blur je pemandangan belakang dah macam guna kamera dslr. Gitew.



Situasi bila nak selfie beramai selalu akan timbul masalah tangan tak sampai lah tak bedung lah tak itu lah tak ini lah bab nak tekan button shutter tu. Dah tak payah nak gaduh sebab J5 Pro sediakan floating camera button yang mudahkan korang untuk selfie.






Lain-lain features in Samsung J5 Pro. If you have a passion for photography. Yeah this is for you.
Bergumbira-lah !






Tak perlu nak penuhkan memory korang dengan download aplikasi lain untuk dapatkan mood effect atau sticker comel kerana Samsung J5 Pro memang dah ada sediakannya. Tinggal pilih je mana yang berkenan.
Features front camera : Selfie focus. Beauty. Wide selfie.


Ohmy please please excuse my pale and bare face -.- 

Fungsi selfie focus untuk nyahkan pandangan belakang yang photobomb semasa kita duk sibuk selfie hihi. Curlas !

Wide selfie? Okey kalau korang nak selfie 30 orang ramainya dan nak pastikan setiap sudut muka mereka diambil tanpa missed boleh lah guna fungsi yang itu.

Nah aku belanja sikit teaser gambar-gambar yang aku ambil menggunakan Baby S baru aku. Cantik ke idok?

Pro (auto)

Night

Dalam persekitaran pencahayaan yang kurang pun gambar masih jelas dan terang.

Auto
Pro (ISO bright light)

Pro (ISO low light)



Untuk jangka hayat bateri boleh bertahan lebih kurang 10 jam walaupun skrin dan data selalu ON kerana bateri Samsung J5 Pro berkapasiti 3000 Mah. Memang boleh tahan lama lah sebab hari aku bekerja aku hanya cas phone sekali je, malam sebelum tidur dan akan jumpa cas balik sebelum tidur hari next day-nya. Weh segala jenis laman sosial aku layan mampu je bateri bertahan. Kalau bateri tinggal lagi 20% pun aku tak kalut cari cas sebab kalau on-the-phone rasanya sejam cakap pun lepas weh 🙄

Spesifikasi lain, OS J5 Pro menggunakan Android 7.1 (Nougat).
dari segi memori 32 GB, 3 GB RAM,
Mempunyai keupayaan Dual SIM,
fingerprint and proximity sensor.

Apa lagi eh? Banyak kot yang tak tertulis lagi hihi.

Apa yang aku nak kata walaupun keputusan yang kelam kabut dan last minit mulanya. Okey serius cakap aku tak menyesal kot sebab terpengaruh. And mostly setakat ni ramai yang dah tegur "lawalah camera phone Ira". Kembang semangkuk. Hehe.

Happy 1st monthsary Baby S🤳

9 comments

  1. Kak ana pun baru berubah ke samsung. Dulu pernah guna samsung sebelum tukar2 jenama lain.tp akhirnya kembali semula. Hehe. Best, best dan best :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita sama kak, dulu dulu memang samsung je menjuarai dahtu keluar pulak macam2 model lain tergoda lah kan. Sekarang samsung buat comeback hihi

      Delete
  2. Bab ada sticker comel tersedia tu menarik :)

    Sebenarnya kan, akak berkenan dengan Huawei, Oppo dan Samsung. Tapi sebab mereka guna Android je membuatkan akak tak minat. Akak lebih kepada ios.

    Gambar Ira cantik2 lah sekarang ni. Suka gambar nature :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ios sape je tak berkenan kak oi, huhu kualiti gambar dari iphone lagi terbaik tapi ira belum nak berani nak beralih ke ios. One day inshaaAllah :D

      Delete
  3. Wowww tantekkk, tunang Mai pakai J7, gambar2 pre grad pakai phone dia je, hahaha. Tapi Mai pakai Oppo, selfie menang la, cuma camera belakang tak sharp sangat.

    ReplyDelete
  4. bnyk jugak fungsinya. mek pulak kalau nk beli phone tk fkir pnjg dah, terus ambik iphone tp dlm range hrga yang mek dah tetapkan iaitu tidak lebih drp seribu ringgit. gtuuuuu.

    ReplyDelete

© IRAZULKEFFELE . Design by FCD.