RESEPI | TAUHU BEGEDIL & SAMBAL KICAP JAWA

6 November 2017

Disebabkan terliur dengar cerita kawan sepejabat aku yang dia COD tauhu begedil time lunch (dengar cerita je dah terliur weh) hujung minggu hari tu aku cuba-try-test buat sendiri. Makan nasi hari-hari is too mainstream so sekali sekala kita ubah selera. Nak buat menu diet pun okey kot? Tapi jangan tanya aku berapa kalori yang terkandung dalam tauhu begedil. I DONT KNOW LAH 🙅


RESEPI TAUHU BEGEDIL

BAHAN-BAHAN :
½ ekor ayam (seelok isi bahagian dada)
4-5 biji kentang
8-10 biji tauhu
1 ½ cawan bawang goreng
5-6 tangkai daun sup | dipotong halus
Garam secukup rasa
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng


CARA BUAT :


Perap sekejap ayam dan kentang dengan garam (atau boleh je nak perap dengan serbuk lada ke apa ke) kemudian goreng sehingga masak. Jangan goreng garing sangat agak-agak masak je sudah.

Sebenarnya isi ayam nak digantikan dengan daging pun okey. Mungkin lagi sedap. Okey next try aku nak guna daging pulak. Kita beat mana lagi sodap !


Kisar kasar ayam dan kentang yang digoreng tadi. Kemudian gaul bersama daun sup dan bawang goreng sehingga rata. Calit dan rasa sikit, kalau kurang rasanya korang boleh tambah garam secukup rasa.

Siap dan korang tepikan sekejap.


Goreng tauhu sehingga masak atau separuh masak. Sukahati korang je sebab nanti akan goreng lagi sekali dengan telur. 

Yang ni aku guna tauhu basah, yang petak putih kalau beli direndam air tu. Ada orang guna tauhu kering yang letak dalam kuah lodeh tu, tapi kena rajin nak melipat la kot. 


Dah siap masak, hiris sikit tepi tauhu dan keluarkan segala isi perut yang ada. Nak mudah guna garfu. Biar dia kosong macam gitu rupa. Hati-hati sikit jangan sampai pecah pulak.

Isi tauhu tadi jangan buang. Gaulkan sekali dengan bahan yang kita buat tadi mula.


Sesudah itu mari kita mulakan tugas sumbat menyumbat sampai padat dan GEMM.

Maaflah senonoh sikit cara aku sumbat tu hehe.


Sebelum goreng untuk kedua kali, salut dulu semua permukaan dengan telur dan goreng dalam minyak yang panas. Tak payah goreng lama sangat pun takpe sebab nak bagi telur salut tadi masak je.

Pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan kalau tak nanti bederaplah minyak dalam tu.


Kita kasi close up sikit.

Yeay! Tauhu begedil dah siap digoreng tapi belum lengkap rasanya kalau sambal kicap nan hado. 



RESEPI SAMBAL KICAP JAWA

BAHAN-BAHAN :

4-5 biji cili padi | ikut suka berapa biji kalau suka pedas
2 ulas bawang putih
garam gula secukup rasa
kicap


CARA BUAT :

Cuci bersih cili padi dan bawang putih.

Tumbuk lumat cili padi dan bawang putih (nak kisar pun boleh)

Perasakan sikit dengan garam gula.

Masukkan kicap ikut suka nak pekat yang macam mana.

Siap.

Resepi sambal kicap turun temurun ni. Dulu masa kecik lagi aku dah kemaruk dengan sambal kicap. Almaklum darah yang mengalir dalam tubuh ibu aku darah jawa so tergenatik jugak la kat anaknya kan hihi.

Okey tauhu begedil dan sambal kicap dah boleh nak dihidang, boleh dibuat untuk makan petang ataupun dimakan bersama sup panas-panas. Memang ummmphhh !

Selamat mencuba.

18 comments

  1. Sedapnya! Nanti nak cuba. Feveret ni😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa cuba jangan tak cuba. Aira dah cuba hantar kat sini sikit tau hehe

      Delete
  2. Lama dah teringin nak rasa tauhu bergedil ni, aduhh sedapnyaa nampak..

    Cicah dengan sambal kicap pulak tu

    ReplyDelete
  3. Kena save resepi ni. nak cuba buat. :)

    ReplyDelete
  4. Sedapnya nampakkkkk.. kecur air liur tgk sambal kicap tu.. nak sikit pls.!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak dah selamat semuanya dalam perut kak hihi

      Delete
  5. boleh buat lepas ni. begedil ni kalau kedai bapak dia charge mahal. rm1 seketul. macam nasi sepinggan dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha biasa lah orang niaga ni mesti nak untung dia buat pun kadang tak semegah harga. Baik sendiri buat sendiri makan puas hati

      Delete
  6. Sebenarnya kan, akak tak makan tauhu. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe ira pun tak makan kak, tauhu tempe. Tapi itu dulu lah memilih makan. Sekarang ni semua bedal tapi tulah berat pun maintain je huhuhu (sedih sebab tak capai bmi sebenarnya)

      Delete
  7. Menarik!! Tak pernah try lagi makan. Nak cuba la nanti resepi ni

    ReplyDelete
  8. sedapnyeee..pagi2 ni tengah lapar.semua nak

    ReplyDelete
  9. Kebelakangan ni resepi tauhu begedil famous di social media..
    Teringin jugak tapi bila ira up entri ni bertambah teruja untuk cuba.. ;-)

    ReplyDelete
  10. kena try masakan Jawa sekali-sekala..

    ReplyDelete
  11. Hish dah lama juga tak buat begedil. Teringin nak mencuba

    ReplyDelete
  12. tak tahu lah bila nak buat tauhu begedil nie..orang lain dah buat kita masih terkial2 cari masa nak buat..

    ReplyDelete

© IRAZULKEFFELE . Design by FCD.