RESEPI | CUCUR BILIS KEMBUNG. MUDAH & SEDAP !

11 November 2017


Sekarang telah masuk waktu hujan yang tidak menentu bagi kawasan Kuala Terengganu serta kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya. Bila hujan perut lapar. Bila lapar kena standbay makanan. Bila makanan tak ada aku akan alami kemurungan yang teruk sampai tak boleh tidur malam. Okey tipu. Perut aku ni memang mengada sikit (tapi tuannya tidak) telan biskut satu tin cicah pulak dengan air milo panas pun masih lapar. Memang kena sumbat dengan makanan berat dan berserat baru duk diam. Nasib kau lah badan!

Bila dah lapar ni kena rajin masuk dapur la sikit sebab tak ada orang nak layan malas aku terutama ibu. Sobs! So, buka peti buka almari tengok bahan apa yang ada. Okey GO ON. Ditemani ibu untuk membantu sebab perangai aku tak suka duduk dapur sorang-sorang mesti nak heret orang sekali (please gais wish me luck supaya dapat cari bakal suami yang suka masuk dapur jugak) hehe. 


BAHAN-BAHAN :
Segenggam ikan bilis | dikisar
2 cawan tepung gandum
5 tangkai daun bawang | dipotong halus
1 biji bawang merah | dicincang
1 biji telur

Air panas | yang dimasak didih
Minyak untuk menggoreng


CARA BUAT :
Sekalikan semua bahan, daun bawang, bawang merah, ikan bilis (yang dah dibuang kepala dan perutnya), tepung gandum dan telur dalam satu bekas. Gaul rata.

Masukkan air panas sedikit demi sedikit sambil gaul rata sehingga bahan nampak seperti doh atau agak boleh dibulat-bulatkan.

Goreng dalam minyak yang panas sehingga kelihatan kuning perang (bukan hangit tau).

Siap untuk dihidang.


p/s : kenapa cucur aku ni nampak tak bulat pun? sebabnya bentukkan bulat tu dengan sudu ala kadar je. Malas nak buat cantik comel sangat in the end masuk perut sendiri jugak jadi bahan kumuh jugak 😏

Selamat mencuba.

18 comments

  1. rasa macam nak buat pulak sekarang lepas baca ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bahan semua dah ada, three..two..one..GO ! hehe

      Delete
  2. Sedap mkn cekodok ngn tea parade hujan2 ni

    ReplyDelete
  3. sedapnya! terus terfikir nak buat petang esok. hehe

    ReplyDelete
  4. Sedapnyaa ! Sesuai la nak buat sbb senang, petang2 kebulur boleh try nanti, haha.

    ReplyDelete
  5. ikan bilis mahal. Ganti ngan ikan selayang rebus boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut kreativiti masing masing. Mungkin lagi sedap :)

      Delete
  6. Hmm... Sedapnya tgk pun dah tau sedap.

    ReplyDelete
  7. tgk post ni rindu plak nak buat cucur. dah boleh pegi beli bahan ni.

    ReplyDelete
  8. cantiknya kejadian cucur dia. kena berguru lebih ni. nampak sedap terus. nanti boleh cuba resepi ni.

    ReplyDelete
  9. Aduhh, Ira.. Sedapnya.. Lama doh dok buat cucur ikan bilis nie...

    ReplyDelete
  10. Gambar Ira menarik tau. Rasa teruja nak makan yang Ira buat lah. Hihi. Sedap ni minum petang ;D

    ReplyDelete
  11. wah wahh. sedap ni ira. boleh cuba ptg esok. hehe. makan time hujan pulak tuu. aduhhh..haha

    ReplyDelete
  12. geramnya tengok cucur dalam gambar gemok2. mesti sedap

    ReplyDelete
  13. Gebu cucur ikan bilis tu. Kak ana pun kalau masak cucur mesti guna air panas. Mmg lembut jadinya.

    ReplyDelete
  14. Semua bahan dah ada ni kecuali daun bawang jer, kira boleh buatlah untuk makan petang

    ReplyDelete
  15. jom join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete

© IRAZULKEFFELE . Design by FCD.