TUTORIAL WHATSAPP DIRECT | PENIAGA ONLINE WAJIB TAHU !

25 October 2017

DIRECT WHATSAPP | PENIAGA ONLINE WAJIB TAHU

Dalam zaman serba mencabar ni, duit memang memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Mana taknya nak pergi tandas awam pun berbayar 50sen. Adumak ! Disebabkan seruan pak menteri untuk buat dua tiga kerja dalam satu masa, maka tak hairan bilangan peniaga online tumbuh macam cendawan lepas hujan di media sosial yang merebut peluang untuk jadi usahawan. Takpe asalkan ianya rezeki yang halal dan jangan jadi hamba duit sudah. #selfreminder

Tapi, pernah tak kita terfikir atau letakkan diri kita sebagai ‘pembeli online’. Almaklum sekarang ni zaman whatsapp. Kalau ada apa-apa whatsapp tepi, nak taknak terpaksa kita simpan nombor peniaga tu semata nak tanya harga atau beberapa pertanyaan berkaitan barang yang dijual. Sedangkan belum tentu pun kita berkenan untuk beli. Kalau yang jenis pembeli online tegar, berapa banyak nombor yang dia nak simpan kan?

Dah tak payah susah hati, sebagai si peniaga mari senangkan kerja si pembeli tanpa perlu ditangguh-tangguhkan lagi hasratnya untuk membeli dengan kita. Mudah-mudahan rezeki berpihak pada kita 😃

VERSI 1 : TANPA DAFTAR
Cara yang paling ringkas dan senang untuk diajar.

  1. Buka browser web (dibolehkan untuk phone atau tablet atau laptop atau pc).
  2. Taip dekat kotak carian "www.wasap.my/[notelefon]".
  3. Gantikan [notelefon] dengan nombor korang yang dimulakan dengan nombor 6, contohnya - www.wasap.my/60118765432
p/s : brower web; internet explore, google chrome, firefox, opera dll. Aku bagitahu siap-siap nanti takut ada orang tanya pemende browser web tu. LOL.
  
VERSI 2 : DAFTAR + SUBDOMAIN 
Untuk nampak lebih versatile dan lebih incridible hulk. Eh?

LANGKAH 1

Kalau tadi taip masuk je, yang ini kena klik masuk dulu link Wasap.my (http://manage.wasap.my/index) lepastu daftarkan keahlian korang. Nak daftar guna phone boleh, laptop atau pc lagilah dibolehkan. Ikut kesenangan diri masing-masing.

LANGKAH 2
Akan keluar paparan yang minta korang masukkan maklumat basic yang confirm pernah korang buat sebelum ni untuk setiap pengunaan kali pertama. Bila dah siap isi semua, klik "SUMBIT" dan login semula.

LANGKAH 3

Ni homepage untuk Wasap.my. Simple kan? Macam interface whatsapp weh. Dah takyah nak cakap banyak pergi klik "ADD LINK" sekarang.

LANGKAH 4

Dah siap isi semua maklumat yang diminta bolehlah tekan "ADD" dan links whatsapp korang akan direkodkan. Lepas ni korang dah boleh update link tu dalam semua page online shop yang korang ada. Senang pembeli nak whatsapp tanya korang tanpa perlu save nombor dalam contact mereka. Tinggal klik klik dan klik je link korang tadi.

Suka aku nak ingatkan, kalau korang ada online shop lebih dari lima. Hanya lima link pertama yang dibenarkan, link yang ke-enam korang kena daftar Wasap.my yang baru. Jangan pulak korang gedik nak tanya aku kenapa takat lima je yang dihadkan. Soalan minta kaki namanya tu.

Itu saja. Semoga membantu dan selamat mencuba.

8 comments

  1. memang penting kan whatsap direct ni, mudahkan pembeli. thanks for sharing !

    ReplyDelete
  2. Good tuto ni Ira. Memudahkan pembeli berururniaga dgn penjual. Kak ana pun br tau pasal benda ni.

    ReplyDelete
  3. Dah lama cari tutorial ni, thanks ira :D

    ReplyDelete
  4. thanks for the info, abe kie dah saved post ini sbg rujukan..

    ReplyDelete
  5. waa.. bagus ni.. memudahkan pelanggan nak contact penjual..

    ReplyDelete

© IRAZULKEFFELE . Design by FCD.