THE CENDOL CHAMPION, TERENGGANU - FAMILY FRIDATE

21 October 2017


Cuti panjang perayaan Deepavali untuk budak yang namanya pelajar dah sampai ke penghujung cerita. Bermakna adik-adik aku pun semua akan pulang ke lubuk selepas seminggu mereput dengan jayanya dirumah. Memandangkan aku ni hari Jumaat je free yang betul-betul free dan sebelum hantar mereka semua pulang saja aku cari peluang ajak ibu dengan adik-adik keluar makan minum lepak santai petang hari. Yelah memasing tinggal asrama boleh bilang dengan jari berapa kali je balik rumah. Apa salahnya kan spend time together evehhh.

So destinasi dan kedai terpilih pada hari itu, kami ke The Cendol Champion a.k.a TCC.


Bagi aku kat sini sesuai kalau dibuat tempat untuk berkumpul secara santai dengan keluarga ataupun kawan-kawan. Semua barang seperti meja kerusi dalam kedai ni hampir 80 peratus menggunakan kayu pallet. Keluasan kedai yang tak lah besar tapi disebabkan ianya kedai terbuka dan menarik perhatian so aku rasa takde masalah pun. Untuk tempahan majlis pun dibuka disini. Yang mana nak buat suprise party ke, boleh lah datang. Memang nampak hipster lah.


Menarik kan doodle art kedai ni. Aku ni memang pantang tengok doodle art nampak wow sangat. Kalau yang jenis kaki redah boleh je nak selfie wefie dekat situ tapi iolls ni pemalu orangnya jadi mampu snap jauh-jauh je. Ini pun suruh adik lelaki aku yang ambilkan secara dekat.


Nah, tengok meja kerusinya meja petak bulat panjang pendek semua dari kayu pallet. Ini kali kedua aku datang TCC. Selalunya kedai ni memang penuh dengan manusia dan memang tak dapat merasa nak duduk atas kayu pallet tu. Nak taknak kali pertama datang dulu terpaksa menapak ke tempat yang atap payung meja berlipat di luar kedai haha. Alhamdulillah kunjungan kedua ada tempat untuk kami. Demand gituh !

Sebelah belakang sana kalau nampak banner yang ada, situ korang boleh nak order menu makanan lain selain dari menu yang ada di Cendol Champion . Macam vendor lah lebih kurang tapi layan diri eh. Takde orang yang akan ambilkan order. Pelayan kedai akan ambik order menu yang korang order di TCC sahaja. 

credit : Tripadvisor (Jamie A)

Kalau perasan gambar yang sebelum ni ada payung oren tergantung kan? Bukan payung biasa tau. Itu payung kunjungan dari rancangan Jalan Jalan Cari Makan yang pernah datang makan kat situ. Elfira Loy dengan si tunangnya Sufian Suhaimi pun pernah datang. Curlas kau TCC!

Sekarang kita tengok apa menu yang menarik kat sini.


Dah nama kedai cendol sah-sah menu utama kedai ni cendol. Selain cendol, ABC pun ada. Macam macam jenis cendol dan ABC yang ada kat sini. Dari yang biasa-biasa hingga keluar biasa. Tinggal tunggu korang nak order je. 


Yang ini pulak menu makanan dan minuman. Yang spesial kat sini katanya mee kolok dan laksa sarawak. Air tangan orang sarawak sendiri yang masakan. Mungkin korang boleh try order kalau  datang singgah.


Yang ni bukan menu dari TCC tapi dari vendor yang ada. Nampak menyelerakan jugak jenis-jenis sizzling yang ada dan harga pun bagi aku berpatutan. Gulp! Selain sizzling yang dijual, antara menu lain yang ada sate, chicken chop, nasi ayam, roti bakar dan macam-macam lagi lah.

Apa yang aku order dan rasanya?


Kali pertama datang TCC dulu, untuk minuman kami order Cendol Mangga (sebab tengah musim mangga) dan ABC Oreo Aiskrim. Untuk cendol dia gunakan mangga fresh so memang dapat rasa manis mangga, dalamnya ada cendol, kacang merah, mangga, pulut. ABC Orea Aiskrim pulak memang best. Korang kena try sekali. Macam makan aiskrim orea handmade ada. Cuma yang tak best ais cendol dan abc cepat sangat mencair jadi nikmat dia tu tak datang sangat kena makan cepat taknak kasi dia cair. Kalau tak macam minum air biasa je. Mungkin cuaca yang agak panas masa tu. 

Cendol Mangga : RM4
ABC Oreo Aiskrim : RM4


Makanan pulak, kami order mee kolok (menu special TCC) dan mee kari. Aku pertama kali sebenarnya rasa mee kolok ni, dan tak tahu nak komen apa sedap ke tidak ke. Kalau ikut anak tekak aku boleh telan habis tu kira okey je kot. Lauk dia kasi pun boleh tahan tak kedekut. Untuk mee kari dia, emmm disebabkan aku pernah makan mee kari yang lagi power dari ni so yang ni kira biasa biasa jelah tapi lauk dia kasi pun tak kedekut. Lauk tak kedekut itu boleh dipuji. Mungkin tak sama pada tekak korang. Boleh try okey? Hehe

Mee Kolok : RM5
Mee Kari : RM5



Mohon tergoda dulu dengan gambar. Disebabkan kedatangan kali kedua ni lebih kepada acara santai, datang nak minum petang so aku tak nak lah order menu berat. Aku order menu yang paling special di TCC, Jumbo Cendol Champion dan 2 set keropok lekor tapi sayangnya keropok lekor habis pulak. Maka berhuhuhu jelah kami.

Tengok pada gambar pun boleh terasa specialnya. Semua rasa dan bahan ada cukup lengkap dengan cendolnya buahnya aiskrimnya kacang merahnya. Ais dia pun tak cepat cair macam pertama kali aku datang dulu.  Satu bekas tu makan berlima. Mampu dua kali tambah setiap sorang. Tengok sendiri lah  kan beza macam mana lebar dengan mangkuk serve untuk berlima tu. Memang puas hati sangat walaupun adik lelaki aku frust sebab kerepok lekor takde. Bertabahlah adik! 😅

Jumbo Cendol Champion : RM10

Kepada sesiapa yang nak datang rasa dan lepak. Lokasi kedai ni di Kampung Wakaf Tengah, Kuala Nerus (jalan menuju MRSMKT) berhampiran Klinik Ihsan. Takpun pakai je google maps atau waze cari "The Cendol Champion" nanti akan ditunjukkan lah jalan ke sana. Cuma, kena alert betul sebab kedainya betul-betul tepi jalan dan buat yang pertama kali datang rasanya memang akan terlajak sampai ke depan jalan.



So aku bagi hint sikit, kalau korang datang dari arah jalan UMT/Unisza kedainya terletak di sebelah kiri jalan, manakala kalau dari arah Batu Rakit atau Kota Bharu kedainya di sebelah kanan jalan korang. Paham? So make sure follow instruction maps dengan betul. Kalau dikatanya berhenti maka jangan pulak berhenti secara tiba-tiba. Nayaaaa kereta belakang.

Waktu Operasi
Rabu - Isnin : 12 tengah hari -7 petang
Jumaat : 3 petang - 10 malam
Selasa : Tutup

Telefon
019-950 6900

Facebook

Instagram
(@cendolchampion)

11 comments

  1. Kate mana tcc ni ira. Sedap tgk menu kambing berasap tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau akak dari KB kedainya depan depan sikit je dengan MRSM atau IPG ganu.

      Delete
    2. boleh pergi tu.... hehe... yg tang kambing akak berkenan... sejuk2 tu suka juga tp dlm pantang lagi... mampu tengok je la... hehe

      Delete
  2. wahh!nanti gee nk gi merasalah!menarikkknyaa semuaaa menu ira order tuh..

    ReplyDelete
  3. okay, masuk dalam to go list! nampak sedap cendol tu :D

    ReplyDelete
  4. Jauh tak dr KT? Plan nak balik KT nanti. Kalau dekat boleh singgah sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ira tengok maps dalam 30 minit jugak kak dari KT. Bila tu akak nak datang? Hehe

      Delete
  5. fuhh jaunnye.. terengganu saner. lau dkt dh pegi terjah..tergoda betul dgn jumbo cendol champion dia tuuu

    ReplyDelete
  6. Fuhhh bila nak sampai ke Ganu makan cendol champion ni...hee

    ReplyDelete

© IRAZULKEFFELE . Design by FCD.