RIP SONY Z1 COMPACT ; I LOST YOU BABY S

5 October 2017

RIP SONY Z1 COMPACT ; I LOST YOU BABY S
RIP SONY Z1 COMPACT 

Dalam banyak banyak koleksi phone yang aku pakai sebelum ni. Dia yang paling lama stay dengan aku. Empat tahun mencatat segala kenangan manis pahit suka duka hidup aku. Sedih sebenarnya sebab tak dapat nak selamatkan dia lagi 😭

Sebelum ni memang dah beberapa kali masuk wad hantar servis, tapi masih ada harapan untuk dia hidup.

Kedai tipu tak tipu ke semua aku dah pergi. Semata-mata nak Sony sihat semula 😪

Dua bulan yang lepas, masa tu aku kat office. Phone pulak mati dengan tiba-tiba. Boleh bayang tak betapa tak fokusnya aku kerja pada hari tu. Screen gelap cas tak masuk, tak boleh buat apa. 

Aku google aku jumpa satu kedai ni, trademark dia pakai “boleh siap dalam 1 jam”

Aku pun nak try servis kat situ. Kita tengok secepat mana dia boleh buat. Kedainya pun dekat-dekat kawasan kampung aku je. 

Abang tu bagitahu yang phone aku ada masalah berkaitan bateri takpun port cas rosak. Okey! Tak kisah lah apa pun masalah, apa yang rosak ke aku nak dia hidup balik je. Buat lah macam mana sekalipun aku tak pedulikkk (cakap dalam hati jelah ni).

Kalau yang follow instagram aku lah, aku memang ada up instastory pasal kedai ni yang dah berjaya tolong selamatkan Sony aku.   

Kedai Pakar Membaiki Telefon

Area Kuala Nerus, Kuala Terengganu kalau phone rosak boleh pergi kedai brader ni tau. Segala masalah phone dia boleh trace (aku jamin). Okey serius cakap first try aku yang tak mengecewakan langsung.

Taukenya melayu. Baik. Buat kerja pun cepat. Malam tu aku hantar malam tu jugak dia boleh siapkan. Ada warranty sebulan dia kasi kalau dah baiki pun masih tak okey. Hmmmm kenapa lah aku lambat jumpa kedai ni sebelum ni huhuhu.

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.

Sejarah berulang, lagi sekali phone tak boleh nak ON (selepas dua bulan so tak boleh claim warranty). Phone aku hang tetiba, screen dah gelap, cas tak masuk apa. Malamnya aku pergi kedai abang tu lagi tanya apa masalah pulak kali ni. Aku fikir masih boleh diselamatkan lagi kot. Yelah phone dah nazak tu keluar masuk wad biasa la kan. Kononnya.

Lepas abang tu buat post-mortem guna alatan “doktor” dia. Dalam 10 minit macam tu kot aku tunggu, dia bagitahu yang sistem phone dah rosak. Kalau baiki pun data dalam tu akan hilang. Kira dia macam nak format reset phone balik.

Whaaaaaaat...?!!

KUCIWA! Kalau baiki pun tak ada gunalah kan dah semua maklumat semua gambar semua chat penting tak penting ke semua benda yang aku catat dalam tu tak dapat diselamatkan lagi. Malam tu jugak aku cuba belajar apa makna redha walaupun semalaman aku kemurungan huhu. Murung macam mana sekalipun tak ada guna dah wei.

02 Oktober 2017, dia pergi meninggalkan aku tanpa pesan.

Terima kasih kerana pernah berbakti kepada aku dengan sebaiknya. Sony Z1 Compat dalam kenangan 💐

8 comments

  1. bertabahlah ira.. So lepas ni, Iphone? ._.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaaaa soalan Nesz buat Ira rasa nak meraung sekarang jugek. Iphone? Aduduuu tak mampuuuuu 😣

      Delete
  2. Bertabahlah. Cari cinta yang baru lah ira. Banyak yg menanti tu. Heeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cinta hati baru ye kak? Hahaha baru takkan sama dengan yang lama 😔

      Delete
  3. sedihnya bila hp kesayangan kita pergi kan? Dah merasa dah moment ni. Sama jugak guna sampai 4 tahun lebih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn. Siang malam ada dengan kita tiba-tiba kehilangan huhu

      Delete
  4. Lupakan yang lama, cari yang baru. Hehe. Dah beli phone baru ke tu? Oppo pun best. Selfie memang menipu. Hehe. Akak suka pinjam suami punya je tuk selfie 😂😂🙈🙈

    ReplyDelete
  5. sian awk adik.akk pon pernah alami mslh sama. tiap kali padam,kna format manjang.Penat tau.. akhirnya guna vivo.So,lepasni adik takleh donlod memacam lagi la. ehehehe.

    ReplyDelete

© IRAZULKEFFELE . Design by FCD.