TIPS DAPATKAN DISKAUN BILA BAYAR PTPTN DAN CARA PENGIRAAN BAKI

8 October 2017

BAGAIMANA UNTUK DAPATKAN DISKAUN BILA BAYAR PTPTN DAN CARA PENGIRAAN BAKI

Sebelum ni aku pernah up entri berkaitan 5 KAEDAH MUDAH BAYARAN BALIK PTPTN. Ini adalah entri kedua aku  yang berkaitan dengan PTPTN atau nama manja yang aku dan kawan-kawan gelarkan PITY-PITY-END. Unik tak nama. Haha.

Macam mana nak dapatkan diskaun 10% 15% bila kita buat bayar balik PTPTN ?

Mungkin ada yang masih belum tahu menahu atau kurang jelas tentang diskaun PTPTN ni kot. Entri aku yang sebelum ni pun aku ada jelaskan secara kasar tapi mungkin penulisan agak kelam kabut dan buat orang susah nak faham dan hadam. Harini aku cuba untuk minimalkan ayat aku supaya senang difahami dan harap korang pahemmm lah ye.

Disclaimer : Kerajaan telah berikan diskaun sebanyak 10% dan 15% ini kepada peminjam yang membuat bayaran balik dalam tempoh kuat kuasa insentif (Bajet 2017) iaitu mulai 22 Oktober 2016 hingga 31 Disember 2017.

So bermakna, maklumat dalam entri ni jugak akan sah valid sehingga 31 Disember 2017. Sahaja. Jelas?

Okey. Sekarang aku nak bagitahu RAHSIA macam mana cara nak dapatkan diskaun 10% dan 15% tu. Weh boleh jimat banyak tu. Taknak ke? Aku pecahkan kepada dua point utama dan terangkan satu persatu.

- - - - DISKAUN 10% - - - -

Terdapat dua kategori yang melayakkan peminjam untuk mendapatkan diskaun sebanyak 10% :
I. Semua peminjam yang membuat bayaran balik pinjaman sekurang-kurangnya 50% daripada baki keseluruhan hutang pinjaman dalam sekali bayaran (yang diterima pada bulan yang sama).
Aku bagi satu contoh, korang punya jumlah baki keseluruhan hutang pinjaman (yang terkini) sebanyak RM10 000. Dan berhajat untuk langsai bayar 50% separuh dari baki tersebut sekaligus no ansur-ansur ya. 

Maka korang layak dikategori untuk dapatkan diskaun 10% tu.

Faham?

II. Semua peminjam yang membuat bayaran balik pinjaman melalui saluran Potongan Gaji atau Direct Debit mengikut amaun yang ditetapkan atau dipersetujui.
Potongan Gaji ? Aku rasa semua orang dah cukup jelas dan terang dengan apa yang dimaksudkan "bayaran balik pinjaman melalui potongan gaji" kan? Bermakna korang kenalah ada kerja dulu. Tak kisah kerajaan atau swasta yang penting setiap bulan ada gaji masuk. Tetapkan sendiri amaun berapa yang mampu nak dibayar (hashtag boleh bincang) setiap bulan secara konsisten. Barulah boleh gunakan saluran ni.

Jika berminat, korang boleh untuk buat permohonan di Potongan Gaji Online.

Direct Debit ? Cara ni complicated sikit dan ramai yang tak faham atau malas nak faham. Aku pun macam tu dulu mula-mula guna tapi sekarang aku dah faham sangat. Bolehlah aku nak fahamkan korang pulak. Puihh!

BAGAIMANA UNTUK DAPATKAN DISKAUN BILA BAYAR PTPTN DAN CARA PENGIRAAN BAKI

Apa yang penting untuk buat Direct Debit ni, korang wajib mempunyai Akaun Semasa / Simpanan salah satu daripada bank - bank yang dinyatakan diatas dan berdaftar untuk perkhidmatan perbankan elektronik. Tetapkan sendiri amaun berapa yang mampu nak dibayar (hashtag boleh bincang) setiap bulan secara konsisten.

Potongan bayaran balik akan berlaku pada 1hb, 10hb atau 27hb setiap bulan tertakluk kepada tarikh kelulusan permohonan kebenaran Direct Debit oleh pihak bank si pemohon. 

Jika berminat, korang boleh untuk buat permohonan di Direct Debit Online .

Korang kena alert dan make sure dalam akaun kena ada baki yang mencukupi, kalau tak proses potongan bayaran tak akan berlaku. Potongan bayaran balik bulan seterusnya tak akan dipotong double tapi Ujrah dalam penyata baki korang (yang orang selalu duk sebut bunga PTPTN tu) akan jadi double, rumus persamaan (baki keseluruhan bulanan = ujrah + ujrah + baki pinjaman)

Tak faham?

Okeylah aku bagi contoh dari pengalaman aku sendiri. Macam aku, berdaftar dengan CIMB Click dan aku tetapkan amaun RM150 setiap bulan (termasuk ujrah). 

Sebelum tu kena login Semakan Penyata Pinjaman untuk semak penyata baki terkini korang.


Yang dah terer boleh skip. Untuk yang pertama kali, korang akan diminta masukkan No. I/C untuk ke laman seterusnya dan kenalah daftar dulu ye cik kak cik abang (pandai-pandai koranglah macam mana nak hidup).

BAGAIMANA UNTUK DAPATKAN DISKAUN BILA BAYAR PTPTN DAN CARA PENGIRAAN BAKI
Contoh aku punya penyata baki yang terbaru tiga bulan terakhir

Yang aku highlight merah adalah row diskaun yang aku dapat 10% (RM15) daripada potongan direct debit RM150 setiap bulan.

Kalau korang perasan kat situ amaun ujrah aku double kan? Sebenarnya untuk bulan July, tak ada berlaku proses pemotongan bayaran balik melalui direct debit (idk kesilapan pihak ptptn atau sistem bank yang bermasalah). Maka nampaklah sedikit cacat celanya penyata baki aku untuk bulan tersebut. Untuk bulan seterusnya, Ogos dan September proses pemotongan direct debit berjalan seperti biasa.

Cara pengiraan penyata baki (korang boleh klik gambar atas untuk tumbesaran anak mata):

Baki 07/2017 = RM3 222.31 (baki akhir July selepas 10%)
Baki 08/2017 = RM3 222.31 + RM8.33 + RM8.33 (baki 07/2017 + ujrah July + ujrah Ogos )
Baki 08/2017 = RM3238.97 (baki keseluruhan Ogos sebelum pemotongan Direct Debit)

Potongan DD = RM3238.97 - RM133.34 - RM16.66 (baki keseluruhan Ogos - Pemotongan Direct Debit RM150)

Diskaun 10% = RM3088.97 - RM15 

BAKI KESELURUHAN PINJAMAN UNTUK BULAN OGOS = RM3 073.97

Untuk jumlah baki bulan yang seterusnya, jugak mengunakan konsep pengiraan yang sama macam yang aku bagitahu. Cuma beza disitu ujrah tak dibayar double. Rujuk dan fahami gambar tau.

Harap korang tak ting tong lagi ye? Haha.

Dalam bulatan merah kalau korang tengok BAKI AKHIR DIKEMASKINI dengan BAKI KESELURUHAN PINJAMAN jumlahnya tak sama kan. Kenapa?

Kemana hilangnya RM116.20 tu? Sabar, bukan sistem salah kira ke apa ke. Itu sebabnya kos insuran takaful yang tolong bayarkan untuk korang.

Tak faham lagi? 

Okey we go through next point.

- - - - DISKAUN 15% - - - -


Sama jugak macam tadi, kena login dulu untuk Pengesahan Baki Pinjaman. Cuma bezanya yang ni korang kena masukkan No. I/C dan No. Pinjaman. Kat mana nak ambik No. Pinjaman tu? Kena call  PTPTN atau walk-in ke PTPTN yang terdekat. Tak dapat den nak nolong !

BAGAIMANA UNTUK DAPATKAN DISKAUN BILA BAYAR PTPTN DAN CARA PENGIRAAN BAKI

Ada dua penerangan yang akan memeningkan kepala.

Pertama, yang ni simple explaination je. Korang tengok dalam bulatan merah tu. Nampak kan? Itu total lump sum selepas diskaun 15% sekiranya aku mampu nak zero-kan kesemua baki hutang aku untuk bulan Oktober. Sayangnya hakak belum mampu lagi ni dik 😭

Kedua, berkaitan kemana hilangnya RM166.20 tadi. Tumpukan perhatian sepenuhnya. Tengok pada jadual BUTIRAN LAIN-LAIN 》KOS INSURAN TAKAFUL.

Haaa disitulah terletaknya persoalan yang tergantung tadi. Tu jer sebenarnya.

Eh kejap. Dah kenapa pulak baki keseluruhan di atas dua penyata berbeza?

BAKI KESELURUHAN PINJAMAN = RM2 809.43

JUMLAH KESELURUHAN BAKI HUTANG PINJAMAN = RM2 817.90

Jeng.. Jeng.. Jeng..

Ni haa aku tunjukkan jalan pengiraan yang paling simple :

X = RM2 809.24 + RM8.33 + RM0.15 (baki keseluruhan pinjaman + ujrah + gst)

So, X = JUMLAH KESELURUHAN BAKI HUTANG PINJAMAN.

Pening ke tidak? Ngehngeh.

Okey dah settle. Everything DONE !

Uihh dah macam perbincangan matematik perakaunan alam maya yang serius aku rasa. Hahaha! 🤦

Kenapa aku ajar sekali cara pengiraan? Supaya korang tahu dan agak berapa tahun lama lagi untuk boleh habis bayar dan boleh bajet berapa banyak duit yang kita "untung rugi" hanya untuk bayar pity-pity-end. Aku bukan budak akaun pun tapi itu adalah cara pengiraan yang aku putar belit sendiri sampai dapat jawapan sama dengan jumlah baki hutang aku hihi.

Harap faham dan jelas, aku dah terangkan dengan panjang lebar atau orang ganu kata 'sutir sutir doh tu kabo'. Sekarang dah masuk Oktober, tinggal lagi baki tiga bulan dan masih sempat kalau korang tetiba terbuka fikiran nak buat permohonan salah satu antara ketiga-tiga cara yang aku bagitahu tadi. Kalau terasa belum mampu tahun ni pun, boleh tunggu insetif seterusnya sempena Bajet 2018. Setiap tahun mesti ada punya, jangan risau.

Kalau masih menerewang dengan penjelasan aku, tinggalkan jelah komen dan aku akan cuba bantu apa yang aku termampu.


UPDATE NOV 2017
Sempena Bajet 2018, diskaun 10% untuk pembayaran melalui potongan gaji dan direct debit akan dipanjangkan sehingga 31 Disember 2018. Manakala, diskaun 15% ditamatkan pada 27 Oktober 2017 dan diganti kepada diskaun 20% kepada peminjam yang membuat bayran penuh sehingga 31 Disember 2018.

28 comments

  1. Kak ana lama lagi nak selesai. Dip + deg boleh bygkan byk dia mcm mana. Huhu. Hari tu dh guna kwsp pun. Masih ada byk lagi. Bertabahlah.

    ReplyDelete
  2. Semoga tercapai wishlist tu ye. Hihi :)

    ReplyDelete
  3. tq sharing nanti boleh dekat my adik pasal ni

    ReplyDelete
  4. Akak duk bt potongan gaji dr thn 2008-2014. Then 2014 dia stop akak call xdpt nk tau dh hbs me blum. Awal thn ni dpt emel ada baki dr thn 2003-2008. Terus akak call dpt lak. Dh bertahun tu stop diam aje. Terus akak marah dh lama sgt rasanya akak tak marah org.... Hihi... Smp hari ni xp settle lg xde masa lg nk p bt ujrah. Slm ni duk potong gaji tiap bln rm28x.xx... Mls nk pk lg...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah dah nak setle baki hutang tu

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah, saya pn dah buat potongan kwsp utk ptptn ni separuh. ada lg separuh utk bayaran. huhuhu

    ReplyDelete
  7. Selagi tak habis bayar PTPTN, rasa tak senang duduk lak. Akak guna KWSP bayar. Hii.

    ReplyDelete
  8. klo mau tanya No.Pinjaman, boleh messeage tanya di twitter ptptn https://twitter.com/twitptptn dorang jawab in a second! Efficient~~

    ReplyDelete
  9. Assalam. Sy nak tanya. Kalau kita bt guna direct debit & dah tetapkan bulan2 bayar rm150. Tp in case bulan seterusnya, ada duit lebih nak bayar lebih dpd jumlah tu contoh dlm rm300 pulak, boleh ke?. Ke mmg kena nak constant bulan2 rm150 jgk eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Direct debit tetap akan tarik rm150 je sebab dia dah set dalam sistem dorang. Nak bayar lebih boleh tapi terpaksa guna perbankan internet atau ke kaunter ptptn :)

      Delete
  10. Hi pretty, may i know if i borrow 15k from ptptn
    so i need to pay 15k in one payment before getting 20 percent discount or i just we need to pay 12k plus plus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Yes, you only need to pay 12k plus. If you pay 15k in one payment then you're eligible to earn 20 percent.

      All the best :)

      Delete
  11. sangat jelas dan best penerangannya 👍👍👍

    ReplyDelete
  12. dah buat direct debit tapi bila semak online tengok kat penyata tu takde pon yg diskaun 10% tu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya senarai penyata akan update selepas 7-14 hari bekerja. Jangan risau kalau pembayaran melalui DD confirm akan dapat 10%. All the best !

      *Incase selepas 7-14 hari pun masih takde perubahan call ptptn cepat k :)

      Delete
    2. fuhhh lega rasanya bila dah dpt kepastian ni. Walaupun 10% je sangat bermakna. Hahahaha ingat senang ke orang nak bagi :p

      Delete
  13. Selalunya amaun yang ditolak didalam akaun tu berapa haribulan?ataupun amaun tu ditolak berdasarkan masa kita mula2 daftar dd tu ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Transaksi akan berlaku dalam 1hb atau 10hb atau 27hb setiap bulan. Tengok pada tarikh daftar jugak,

      misal kata awak daftar dd 31hb so kena tunggu selepas 7-14hari untuk kelulusan dari pihak bank, baru proses transaksi tu akan berjalan ikut tarikh yang saya mention tadi.

      Delete
    2. terima kasih atas info,misal kata kita nak stopkan pembayaran cara dd ni,kena call ptptn terus ke @ memang tak boleh stop?

      Delete
    3. Maaf. Yang tu saya tak pasti dan tak ada jawapan. Mungkin awak boleh rujuk dan berbincang dengan pihak ptptn sendiri :)

      Delete
  14. alhamdulillah. dalam masa 2 tahun habiskan bayar pinjaman 30K. bayar bulan2, pastu kalau dapat bonus pejam mata je bayar ptptn, lastly keluarkan kwsp 9k n topup cash untuk full settlement. Dapat rebat 15% diskaun..

    leganya alahai...
    aku kini bebas PTPTN..PTPTNN.. PTPTNNNNNN..

    ReplyDelete
  15. Maksudnya kalo kite buat pemotongan gaji, 10% diskaun tu xperlu apply ye? Akn aoutomatic dpt 10% diskaun ye? N 10% diskaun tu yg ditunjukkn diskaun setiap bulan tu ye? Betul ke pemahaman sy?

    ReplyDelete
  16. Maksudnye jika kita buat pemotongan gaji, diskaun 10% tu automatik ye? Kite xperlu apply utk dpt 10% ye? Dan 10% diskaun tu ditunjukkn pada penyata penolakan 10% setiqp bulan tu ye? Betul ke pemahaman sy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yapp. You're right. Bila kita buat permohonan untuk bayaran melalui pemotongan gaji / direct debit 10% secara automatic dapat

      Delete
  17. Hey very interesting blog!

    ReplyDelete
  18. Hello friends, nice piece of writing and fastidious urging commented
    here, I am in fact enjoying by these.

    ReplyDelete
  19. salam . boleh sya tahu . berapa amount sebenar yg awak perlu bayar setiap bulan mengikut jadual yang dikeluarkan oleh PTPTN? saya baru dapat surat dari PTPTN mengatakan mengikut jadual saya perlu nayar RM 109.98 per month . so nnti kalau saya ingin buat DD . adakah saya perlu set limit DD RM 110.00 per month . or saya perlu campur amount ujrah dahulu . ? please advise

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak berapa ingat fix total yang saya kena untuk bayaran mengikut jadual, tapi untuk DD saya bayar lebih dari sepatutnya. Kalau tak silap saya, ujrah awak dah dikira sekali dalam total RM109.98 tu.

      Tak menjadi masalah pun kalau awak nak bayar RM110. Lebih bayar tak apa, tapi kalau nak bayar kurang kena bincang dengan pegawai PTPTN dulu. Harap saya menjawab soalan ye. Goodluck :)

      Delete

© IRAZULKEFFELE . Design by FCD.