TIPS : KAEDAH MASAK TELUR REBUS YANG SEMPURNA

26 September 2017

TIPS: KAEDAH MASAK TELUR REBUS YANG SEMPURNA
Kau pandai masak tak? Aku terer masak air dengan telur je hihi.
Pernah terdengar tak statement macam gitu ghupe? Kebiasaan 85% suspek yang dikesan menggunakan dialog tu adalah anak dara (mak dara pun ada ke, sis curious ni huhu). Masak air dengan telur. Alah benda basic kot. Pemendaaaa ntahhhh takkan itu pun tak reti.

Nampak memang remeh kan. Eh adik lelaki aku pun reti tau. Reti order 🤦

Okey, kita abaikan cerita pasal masak air ke apa ke. Aku nak cerita pasal telur je ni haa.

TELUR REBUS VS TELUR SEPARUH MASAK..

Kadang-kadang kita tak boleh terlalu over confident bila disuruh masak telur ni dan rasa kita dah pro sangat setanding Chef Jason Lian (suka tengok cara dia masak campak campak je). Lahai masak telur je pun. Alih-alih nak buat telur separuh masak tapi jadinya telur rebus. SMH.

Sebenar ada caranya untuk dapatkan tekstur dalam telur tu nak dia masak yang macam mana. Ni ha masa  yang dicadangkan untuk dapatkan telur rebus ke telur separuh masak ke yang sempurna. Nak tahu tak? 

TIPS: KAEDAH MASAK TELUR REBUS YANG SEMPURNA

Nota tambahan
Untuk yang nakkan putih kuning telur tu lagi lembik lagi juicy boleh kurangkan masa kepada 3-4 minit. 

TIPS REBUS TELUR :

  • Panaskan air sehingga mendidih, masukkan telur | sebab,untuk kekalkan kuning telur di tengah bila direbus.
  • Jangan terlalu lama (overcooked).
  • Tanda overcooked, ada biru-biru disekiling kuning telur.
  • Masa yang dicadangan, paling lama setakat 12 minit.

Lepas ni tak adalah nak buat telur separuh masak (nak makan gaul kicap dengan blackpepper) tapi hasilnya telur rebus nasi lemak pulak. Eh tengah cakap depan cermin ketuww Syahirah. HAHAHA.

Masak telur ke masak air ke kalau tak ada skills yang betul dan seorang pemalas memang tak jadi apalah. Elok jadi panda bear jelah duk dalam kandang bila time makan orang datang suap. Tapi panda tu comel, kau? 

Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

Dan besar harapan aku, agar tips ini dapat membantu "anak-anak dara" di luar sana yang macam aku ni. Hashtag si budak baru belajar.

Kaedah korang rebus telur pulak macam mana? Komen sikit.

10 comments

  1. dah pernah try tapi tak menjadi jugak hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aikk macam mana pulak boleh tak jadi tu? Air belum mendidih agaknya HAHAHA

      Delete
  2. Kak ana fail juga kdg2 nk buat tekur setengah masak sbb akan jd telur rebus terus. Tapi bantai makan juga sebab 2-2 tu all time fav. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha sama kak. Cuma tulah tekak minta lain hasil dapat lain kekadang frust jugak. Nak dibuang maghai sayang kot ahaha

      Delete
  3. busyra suka yg 9 minit tu ira.. sbb busyra tak suka yg lembik sngt.. hehe.

    ReplyDelete
  4. Akak pun tak reti sangat rebus telur. Haha. Bila rebus telur. letak sekali dengan beras sikit. Orang kata kalau beras masak, maksudnya telur pun masak. Hihi. Itu je cara akak guna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time dengar ni kak rebus telur letak beras, boleh lah try jugak tips ni.Hehehe

      Delete
  5. Kalau masak telur rebus memang selalu menjadik. Telur separuh masak tu je kadang2 jadi kadang2 tak 😄

    ReplyDelete
  6. i selalu fail bab telur separuh masa..kena try dan try lagi nie

    ReplyDelete

© IRAZULKEFFELE . Design by FCD.