SERIBU DINAR - RAHSIA MERAIH REZEKI BERTERUSAN

25 September 2017

Seribu Dinar - Rahsia Meraih Rezeki Berterusan

Ayat 2 dan 3 surah At-Talaq atau lebih dikenali sebagai ‘Ayat 1000 Dinar’ merupakan ‎amalan yang masyhur dalam hal berkaitan rezeki dan perlindungan diri. Ramai ‎yang mengamalkan ayat ini untuk tujuan meminta agar Allah SWT mengurniakan kemurahan ‎rezeki, kemudahan dan penyelasaian masalah. Tetapi haruslah mengamalkannya secara beristiqamah.

Hikmah Ayat Seribu Dinar

Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:‎

  • Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎
  • Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎
  • Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, ‎kezaliman dan bencana alam.‎
  • Jika berperang InshaAllah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎
  • Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.


Jadikan Ayat Seribu Dinar Sebagai Rutin Dalam Kehidupan Seharian

  • Baca ayat ini sesudah solat lima waktu
  • Baca ketika hendak tidur (3kali)
  • Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah (sekurang-kurangnya 3kali)

Jom amalkan dan kita aamiinkan bersama ❤


“Barang siapa yang bertaqwa kepada ALLAH, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barang siapa yang bertawakal kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan mencukupkannya. Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusanNya. Sesungguhnya ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (Surah AT-TALAQ : Ayat 2-3)

5 comments

  1. Nice entry Ira.

    Share pengalaman.... Mai memang amalkan ayat seribu dinar sebelum presentation. Alhamdulillah memang dapat kekuatan utk habiskan presentation tanpa semput sebab heart-rate mai tinggi (100++ masa rest), kalau tengah presentation bayangkanlah dupdapdupdap macam mana, so akan cepattt sgt semput.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Memang kalau ikut pengalaman ayat ni memang mujarab kan. InshaaAllah kita dapat faedahnya bersama.

      Take care, Mai 😘

      Delete
  2. InsyaAllah. Semoga diamalkan sentiasa.

    Hi Ira. Lama akak tak singgah sini :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Semoga kita dpt lazimi dalam amalan seharian.

    ReplyDelete

© IRAZULKEFFELE . Design by FCD.