PLANNING A TRIP TO SABAH. YAY OR NAY?

23 September 2017

PLANNING A TRIP TO SABAH. YAY OR NAY?

Bila sehari hari terlalu tertekan dengan kerja dan masalah yang tak kesudahan. Unintentionally I’m craving an uplugged vacation. Craving the sand, waves on beach sound and holiday happiness. Yes. Nak lari dari kebiasaan. Siapa nak bawa aku? Anyone 🙄

Untuk tahun 2017 perancangan aku nak jejak Pulau Perhentian dah tercapai. Cuma entry kesana je belum lagi ter-update. Ntah bila nak update pun aku tak tahu lah. Nanti lama-lama dah lupa jalan cerita pulak. Korang rasa bila aku patut update? HAHA. Perangai.

So next trips planner? Aku and the geng ada lah plan “atas angin” nak ke Sabah tahun depan. Nak terjah pulau-pulau sana pulak. Tukar angin gitew. Malaysia sudah. Ke Borneo pulak lah kita. Eh jap. Baru perancangan je kot tak perlu aku nak over-eksaited dulu hmm. 

TAPI..

Aku memang semangat dia lebih lain macam sikit. Walaupun baru rancang atas angin ke apa ke, pedulik. Aku dah usha dulu mana tempat yang menarik di Sabah untuk dilawati kalau kalau perancangan aku nak kesana menjadi. So kira macam itinerary awal aku lah. Boleh ?

Tak boleh. Sukahati aku.

Surely tempat yang aku akan cari dulu dalam banyak tempat menarik adalah kawasan pulau. Kalau boleh kan aku nak jelajah semua pulau yang ada dalam Malaysia ni. One day! Oh money honey pleaseeee be kind to me 🤑

Walaupun tanah kawasan Sabah tak lah sebesar Sarawak (based pemerhatian aku dalam peta Malaysia jelah). Jangan tak tahu, Sabah ni antara tempat yang banyak kawasan pulau-pulau cantik. Macam oversea deknon oi. 

Meh sini aku listkan untuk korang.


  • MABUL ISLAND, SEMPORNA

MABUL ISLAND, SEMPORNA
Credit : holidaygogogo
Sekali tengok dah macam Maldives. Sumpah lawa kan. Kedalaman air di sana sekitar 25 hingga 30 meter sesuai untuk aktiviti ‘scuba diving’Ataupun bangun pagi je tak payah susah nak fikir mandi terus terjun je dalam air. Mati lemas aku tak bertanggungjawab. Dalam oi kalau agak tak pandai berenang silalah dopolohpat jam bersama jaket keselamatan. Kat sini jugak kita boleh tengok hidupan eksotik seperti sotong kurita, cephalopods, udang geragau, ketam, rumpai laut secara empat mata. Ada bran? 


  • BOHEY DULANG ISLAND, SEMPORNA

BOHEY DULANG ISLAND, SEMPORNA
Credit : tripadvisor
Kalau dekat Semenanjung Malaysia, Pulau Bohey Dulang ni ala macam Pulau Perhentian la kot. Tapi view mana satu paling win aku tak boleh nak komen sebab tak pernah sampai Bohey lagi. Cuma bezanya Perhentian orang datang untuk snokerling atau diving, hiking, tapi Bohey Dulang pulak orang datang semata-mata untuk hiking. Kenapa Bohey "Dulang" em mungkin struktur kawasan macam bentuk dulang. K melawak jah. Dan kepada sesiapa yang pernah hiking windmill di Pulau Perhentian tapi pancit di tengah jalan (sepastinya bukan aku kahkahkah) rasanya baik lupakan jelah niat murni korang nak ke sini. Aku bagi fakta nombor sikit ye. 

Ketinggian Kincir Angin, Pulau Perhentian : 150 meter dari paras laut.
Ketinggian Puncak Bukit Bohey Dulang : 600 meter.

Kau ghase?


  • KAPALAI ISLAND, TAWAU
KAPALAI ISLAND, TAWAU
Credit : reefrainforest
Kapalai is the only one private resort on the island, with the rest of the island uninhabited. Semua bangunan terletak pada tiang yang terletak di terumbu bawah air. Amazing fantastic cikebooom! Setara Pulau Mabul aku samakan macam Maldives, yang ni pulak apa? Bora Bora, Tahiti. Oh please ! My dear future hubs, let we plan for our future travel plans. Jatuh katil.

Habis cerita pasal pulau. Next destination.


  • MOUNT KINABALU

MOUNT KINABALU
Credit : beritadaily
Gunung Kinabalu merupakan antara 5 gunung tertinggi di Asia Tenggara,  yang terletak 50km dari pusat Bandar. Orang kata kalau datang Kota Kinabalu tak sah kalau tak ke sana. Sejenis yang sukakan cabaran lasak aku memang sarankan sangat kot korang datang test power stamina korang mampu ke tidak untuk tawan puncak Gunung Kinabalu, sekurang-kurang untuk sekali seumur hidup. Aku pulak pernah dapat peluang dan tawaran untuk sampai ke puncak Gunung Kinabalu ni untuk gantikan orang dalam satu program MPP. Malangnya seribu kali sayang aku terpaksa tolak tanpa rela hati sebab minggu aku dapat peluang tu adalah minggu quiz test,  full house. Kena pulak lecturer aku tu strict. So aku terpaksa kasi je orang lain je yang gantikan tempat tu huhu. Dan sesungguhnya aku menyesal sekarang HAHAHA!


  • DESA CATTLE DAIRY FARM, KUNDASANG
DESA CATTLE DAIRY FARM, KUNDASANG
Credit : fadzaandninatravel
New Zealand's Malaysia. Kau hado. Okey aku jakun? Mana ada pernah tengok lembu hitam putih macam ni dekat semenanjung. Aku pernah tengok lembu putih yang albino tu je. Ya Allah. Tengok gambar pun dah terasa tenang sangat apatah lagi kalau aku sendiri yang sampai sana. Mau tak nak balik kot. Aku sendiri  tak sure nak eksaited jumpa lembu ke apa. Yang aku tahu kalau dah sampai Desa Dairy Farm ni wajib rasa dan beli susu dan aiskrim yang segar dari ladang. Lagi lagi untuk hantu susu dan aiskrim macam aku ni kalau pergi sana tak cuba memang akan menjadi satu kesalahan dan penyesalan. 

Cannot move on. Aku macam tak percaya je wujud tempat ala-ala oversea dalam Malaysia ni. Kalau nak ke luar negara setakat nak lawat tempat lawa huh dalam Malaysia sendiri pun tak habis jelajah. Banyak sangat lagi tempat menarik dan cantik yang masih bersembunyi. Kena banyak menggali lagi ni. Gali gali jugak bajet pulak kena lah seiring sejalan dengan impian 🤦

Aku ada dengar yang Traveloka tengah bagi harga promosi kepada setiap pelanggan bertuah yang menempah tiket penerbangan dan hotel murah di Asia Tenggara dengan menawarkan harga paling kompetitif. Siapa je yang tak familiar dengan Traveloka yedak? Dah berjuta orang menggunakan Traveloka untuk percutian mereka. Dan sememangnya mereka membuat pilihan yang sangat bijak. Aku pun nak jadi bijak macam mereka.

Eh kejap. Satu-satunya cara cepat nak sampai ke Sabah mesti lalu laluan udara. Kalau laluan air karang beruban berjanggut dulu gamaknya kalau sampai. Traveloka pulak sekarang ada buat promosi. Uish berita baik ni kena bagitahu the geng cepat cepat. Aku tak nak lah senang sorang, apa kata kita cari tiket terbang bersama. Cepat klik Malaysia Airlines Promosi Terkini dan cari destinasi pilihan korang. Nak ikut aku pun boleh tapi janji belanja tiket HAHAHA.

Pengalaman kita dapat, penjimatan pun kita dapat. Haibat. 

Sabah, kau sabar bah nanti sia pigi 😎

4 comments

  1. Teringin nak sampai Sabah Sarawak jugakkkk :D Same here, belum jejak Borneo. Syukur semenanjung dah pernah sampai semua negeri :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  2. Yay lah Ira. Sabah memang best. Tempat2 dia semua cantik2. Kak ana plan nak ke sana lagi next year.

    ReplyDelete
  3. Kapalai Island cantiknya! Baru tau kewujudannya T_T

    Fatina | www.theinfinitywords.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Bestnyaaa Ira!! Moga tercapai hajat Ira nak ke Sabah next year. Akak pun ada jugak plan nak ke Sabah cuma itulah, tahun tak tahu lagi. Hihi. Teringin nak pergi Kundasang dan melawat banyak pulau cantik kat sana. Satu lagi, makan seafood banyak2. Hihi.

    ReplyDelete

© IRAZULKEFFELE . Design by FCD.