HAPPY GRADUATION - WE DID IT !

18 September 2017

HAPPY GRADUATION 2016 - WE DID IT !
GIRLS, WE DID IT !

Seminggu kebelakang bila scroll instagram aku perati penuh dengan gambar “junior-junior” hakak di Politeknik Kuala Terengganu menghiasi feed. Rupanya mereka dah konvo. Seronok tengok muka memasing happy terox dapat sarung jubah konvo ye! Hakak pun nak tumpang happy terox jugak boleh?

Oh wait! Entri ni sepatutnya aku up setahun yang lalu okey, tapi asyik tertangguh je hari ke hari oleh sebab aku mengalami write’s block yang sangat serius setiap kali nak menaip. Demn!

Disebabkan rasa rindu yang membuak aku gigihkan juga. So, harini nak taknak aku akan cuba pecahkan block-block yang ada dengan mengimbau kembali kenangan setahun lalu dengan my gegirl. 

Amaran! Entri ini sarat dengan post bergambar dan sediakan plastik siap-siap ditepi sebelum ada yang nak termuntah pelangi nengok kami 😜

PRE-CONVO SHOOTS IRA & FRIENDS
Date : 2 September 2016
Time : 5.00 pm
Location : Terengganu Equestrian Resort (TER)
Photographer : Fazrul Photolove.co


Perancangan untuk buat pre-convo ni dah dirancang awal beberapa bulan sebelum, selepas dapat surat majlis konvokesyen. Aku pun ada up entri Road To Convocation walaupun ada lah beberapa perkara yang tidak dipersetujui hati dan akal kami waktu dan ketika itu. Disebabkan nak gembirakan hati sendiri (kononnya) gigih jugak cari photographer yang availabe tarikh tu dan perlu diteruskan sampai terjadi. Alhamdulillah ia menjadi. 

Plan asal hanya nak buat kenangan housemate reunited tapi bertukar menjadi coursemate reunited photoshoots pulak di saat saat akhir. Terpaksa nak cukupkan corum sebab ada antara housemate kami yang tak dapat datang join konvo. We are okay and of course we had fun together.

 DEP vs DIP

Walaupun kami dari lain lain course, tapi kitorang memang ngam sekepala. Boleh je duduk semeja ngopi ngeteh bersama. Takde hal ! Kalau gaduh terbalik meja pun alah takde hal haha.

Memang tak sangka sangat kitorang boleh grad on time. Alhamdulillah. Memang muka memasing ni struggle gila nak habiskan setiap sem (struggle sangat, tangan kebahu). DEP dengan cara dak elektrik-nya kehulur kehilir dalam kepala pasal autocad lah wiring lah pemenda semua tu. DIP pulak dengan cara dak it-nya yang mabuk ketum pasal cacing codingnya. Fuhhhh kalau ingat balik macam tak percaya je lagi dah setahun grad rupanya aku ni.

DEP Version

DIP Version

Nak habiskan tiga tahun pengajian tipu tak ada adegan air mata. Samada tunjuk dengan sorok je. Muka nampak gembira tapi hati akal selalu je ntah melayang ke mana. Paling susah hati masa semester yang kena hadap projek akhir. Emosi memang sana sini tahap paling maximum. Yang dak DEP tengok dak DIP rilek dan sebaliknya. Hakikat sebenar diri sendiri je yang tahu apa rasa. Rilek lah sebab dah tahu hala tuju sangat nak buat kan hehe.


Ini salah satu perempuan yang penuh dengan emosi air mata semasa saat akhir semester. Sampai satu masa macam give up dan redha je kalau kena extend pun. Punyalah tak semegah perangai (syukur tak kena extend bebetul). Satu hal lagi, krisis identiti itu kami. Eh jap. Aku sikit jelah orang sebelah aku banyak banyaaaaaaaak sangat bhahaha.  Aku ni pulak boleh dikatakan diari bergerak dia lah. Semua cerita aku update. Kau nangis aku pun nangis sama. Apa ntah! Hm aku harap kau jumpa apa yang dicari dan move on cepat sikit ye kikiki (kalau lah Tikah baca) 🙈


Perempuan ni pulak yang sentiasa menceriakan dan menghuruharakan hidup aku plus banyak membantu dalam subjek dalam coding dalam semua perkara lah senang. Antara berenam (not in frame Amni) aku sorang je dari kelas lain. Aku memang menyolo je, tapi im not forever alone okey. Bila test quiz senang nak sharing caring. Kalau aku test dulu, aku hulur hint soalan dan sebaliknya. Untungkan? Hee. Paling rindu kalau malam exam. Dua tiga pagi stayback study sesama. Tak pun kononnya pesan "eh kejut aku nanti jam sekian sekian". Hah sampai berbuih mulut kesudah memang tak bangun 😒 


Perempuan-perempuan ini semua adalah perempuan simpanan aku. Okey tipu. Housemate kesayangan itu benar. Masuk sesama keluar sesama. Yeayy! We did it. Selepas macam macam dugaan yang kita dah hadap. Akhirnya tetap bersama. Bangga dengan diri memasing please. Walaupun sekarang dah tak sebumbung tapi selalu ingat selalu rindu mereka ni. Whatsapp group sebagai penghubung. Walaupun bukan selalu. Yelah memasing dah ada life memasing. Rinduuuuu !

Gais, senyum lebar-lebar gais nanti nak tatap nak buat hilang rinduuuuu. 

Alhamdulillah, akhirnya pada tarikh keramat 3 September 2016 
kami semua adalah siswazah dari Politeknik Kuala Terengganu.

Dah habis ayat nak bermadah. Okey nak sambung rindu je ni 😭

Menuju ke destinasi yea yea, puncak cinta tertinggi yea yeaa

Ehh kita free-style satu kali (free-style lah sangat)

"We all know, a true friend is hard to find. So when you do find one, hang on tight! It also doesn't hurt to let your best friends know every now and then just how much they mean to you."
Okey girl ! One.. Two.. Three. It's a wraaaaaaap !


Aku pernah dengar, orang kata dalam hidup ni tak perlu nak toleh ke belakang lagi. Its wrong ! Bagi aku perkara yang di belakang lah (tak kira baik atau tak suatu perkara tu) yang jadikan siapa kita harini. Dan mereka ni juga salah satu sebab aku memahami dan belajar makna "give and take". 

Ehemmmm. Excuse all my awkward poses ! HAHAHA.

Oh sebelum terlupa, kalau sesiapa nak cari photographer area Terengganu untuk majlis kahwin ke tunang ke konvokesyen ke produk photoshoots pun ada. Boleh cari mamat Fazrul ni k. Muka dia ada iras Yusri KRU sikit tapi belum jumpa Lisa Surihani nya. Errrr kot ! Aku bantai je ngeee 💁

Instagram:
https://www.instagram.com/fazrul_photolove.co/
( @fazrul_photolove.co )

Contact (whatsapp /call):
014-609 3877 (Fazrul)
Till here, bye.

9 comments

  1. wauu. cntiknya semua gmbar. tahniahhhh.. <3 jubah warna tu pun cntik jgk eh.. hehe. uitm warna biru gelap. huhu

    ReplyDelete
  2. Cantik semua gambar2 pre convo Ira and Friends. Kak ana x merasa nk bergambar mcm ni. Yg ada gambar atas pentas je. Haha.

    ReplyDelete
  3. Huarghhh Cantik gila gamba..! Jeles betul..!

    ReplyDelete
  4. cantiknya gambar convo awak. congratulations....

    ReplyDelete
  5. Cantik-cantik gambarnya! :)

    Congratulations.

    ReplyDelete
  6. Jelesnyaaaa! Serius akak jeles nie!! Bestnya ambil gambar masa konvo. Akak tak terlintas pun masa konvo nak buat sesi fotografi. Selepas bertahun, gambar2 ni lah yang boleh mengimbau kenangan kan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul sangat lah tu kak. Rindu rindu mampu belek gambar tak bergerak je 😭

      Delete
  7. saya graduate dah..sijil baru2 ni..moment paling best dpt jumpa kwn2 kolej

    ReplyDelete
  8. Lawanya semua gambar :)
    Dah la tengah mencari photographer untuk pre konvo nanti. Hehe.

    ReplyDelete

© IRAZULKEFFELE . Design by FCD.